3

Di Sebalik Niat Empayar Jutawan Melayu

Posted by Unknown on Monday, December 10, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin pernah post mengenai sedikit sebanyak sejarah Jutawan Melayu Terkaya Malaysia, tak lain dan tak bukan Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary di post yang lama di SINI. Mungkin tak ramai yang nampak akan keperibadian beliau. Disebalik niat dalam perniagaan, ada niat lain yang tersembunyi disebalik pembelian empayar-empayar kepunyaan beliau. Nak tahu?


Ini ada sedikit analogi daripada sumber yang sangat bagus untuk kita dalami dan kadang-kadang kita tak sedari dan ketahui:

Saya nak makan nasi lemak, nasi dibeli dari siapa? BERNAS kan?
BERNAS milik siapa? -> Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi O! Air buat kopi,jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!


Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik siapa?
--> Syed Mokhtar sepenuhnya!

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP!
IPP terbesar di Malaysia iaitu Malakoff, milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la... naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Tak nak beli Proton la.. Beli Honda saja... Honda Malaysia milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat!
Bank Muamalat milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance!
Uni Asia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM!
Puspakom milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat?! MMC!
MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!!

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor!
Senai Airport milik siapa?
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la... Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port!
Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Ok la... orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar?! MMC! MMC milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan dan POS Malaysia milik siapa?!
-->Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Tahniah Tan Sri..!!

p/s: Ya, memang sekarang ni beliau ada masalah hutang, tapi apa yang kami tau, "Saya ambil alih bukan kerana untung, tetapi demi survival umat Islam," (Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary)
(Sumber)

Admin berharap akan lahir ramai lagi jutawan yang tidak berkepentingan seperti beliau kerana susah untuk ditemui jutawan yang memikirkan bangsa beliau dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata. Contohnya Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

0

Jangan Hanya Bermusim

Posted by Unknown on Monday, December 10, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa yang bermusim selalunya? Ya, musim buah. Dalam setahun tak ramai sedar akannya tapi kita akan dengar pada orang lain "Eh, sekarang ni musim manggis, jom makan!". Beginilah bunyinya jika musim tersebut datang. Pelbagai musim dan keadaan akan ada bila musim ini muncul. Antaranya:

durian crepe bermusim
Sumber : Durian Crepe yang menjadi bualan hangat sekarang
Durian Crepe! Siapa pernah makan? Admin mengaku yang admin sendiri tidak pernah makan lagi pencuci mulut yang baru hangat diperkatakan tu. Mungkin admin akan pergi cuba cari nanti, itu pun kalau fenomena ini akan berlarutan dengan jangka masa yang lama.

Topik admin hari ni nak beritahu betapa kreatifnya orang sekarang memanfaatkan keadaan semasa untuk dijadikan perniagaan contohnya musim durian sekarang ini dikomersialkan dengan adanya Durian Crepe ni. Admin suka sangat perkara begini terjadi. Nampak cantik dan katanya memang penuh rasa durian. Hehe.

Namun harapnya janganlah perniagaan ini hanya bermusim sahaja. Jika tiada musim durian, tiadalah Durian Crepe diperkatakan. Para peniaga haruslah sentiasa kreatif bagaimana untuk mempromosikan menu ini untuk jangka masa lama. Buat menu lain atau promosi yang betul dan berterusan.

Mungkin juga boleh dipasarkan ke luar negara! Durian Crepe ni bukannya tak sedap untuk dieksport, cuma mungkin baunya yang agak kuat membuatkan kebanyakan orang luar negara tak suka. Inovatif supaya tak busuk, boleh jual punyalah sebab rasa durian kan lemak-lamak manis.

Walau bagaimanapun admin ucap selamat merasa Durian Crepe dan tahniah pada sesiapa yang menjalankan bisnes Durian Crepe ni, teruskan usaha anda. Jangan terlebih makan sampai panas badan@demam panas sudahlah. Hehe.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

2

Solat Vs Berniaga

Posted by Unknown on Wednesday, December 05, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Admin disini macam chipmore, kejap ada kejap tiada. Betullah kata orang, blogging ni memerlukan komitmen yang tinggi dan admin respek orang yang kekal begitu. Kali ini admin nak kita menilai satu cerita yang admin akan beritahu kejap lagi. Tempatnya berada di Mekah Mukarramah.

Tempat yang diimpikan untuk pergi oleh setiap Muslim
Tempat suci dan dirahmati Allah ini menjadi idaman setiap Muslim yang beriman untuk pergi. Bukan sahaja setiap tahun kerana menyahut Rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji, namun tempat ini sentiasa penuh sepanjang tahun. Betapa mulianya tempat suci ini yang merupakan juga pacak dan pusat Bumi. Begitu istimewanya tempat ini.

Berikutan dengan ramai orang yang berkunjung ke tempat ini, perniagaan amat pesat di sini dan semestinya orang Mekah begitu menghormati orang Malaysia kerana tertib dan banyak bershopping! Ini fakta ya. Tak kisah la banyak bershopping pun, bukan mencuri pun kan. Namun, cerita yang menarik untuk admin kongsikan adalah setelah mendengar ibu admin ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Sumber
 Ibu: "Orang disana memang suka membeli-belah tetapi bila sampai waktu solat, dengar saja azan, serta merta pengawal keselamatan di sana menyuruh semua orang untuk solat. Yang masih didalam kedai dihalaunya untuk solat sambil menyuruh 'Solat, Solat'. Penjaga kedai atau tauke kedai terus meninggalkan juga kedai tanpa mengunci pintu."

Saya mengagumi prinsip tempat itu dijaga dengan mengambil tanggungjawab bahawa peringatan untuk menyuruh orang lain bersolat adalah tanggungjawab bersama. Perniagaan dengan sikap peniaga yang sebegini amat dirahmati dan buktinya setiap kedai disana tidak putus-putus menerima pelanggan dari setiap pelusuk dunia dimana mencecah 4 juta pengunjung setiap kali musim haji.

Semoga kita juga terdetik untuk kesana dan menghayati prinsip Islam disamping mengikuti sunnah Nabi S.A.W untuk berniaga. InsyaAllah.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

5

Untung! - RM50 untuk 5 tahun

Posted by Unknown on Tuesday, June 05, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Bagi yang dah membuka perniagaan samada milikan tunggal mahupun perkongsian, dan juga bagi yang berkira-kira mahu perniagaan baru, ada berita yang mampu membuat anda rasa gembira. Kebiasaannya bayaran untuk pendaftaran perniagaan milikan tunggal adalah RM30 dan perkongsian adalah RM60 untuk setahun. Betul kan?


kos daftar syarikat turun




Namun berita baiknya ialah baru-baru ini, Perdana Menteri kita mengumumkan penurunan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus. Wow! Jimat tu. Selama ni bayar RM150 dan RM300 untuk tempoh 5 tahun, ni dah kurang banyak.


Ini untuk menggalakkan ramai lagi perniagaan baru untuk diceburi golongan baru dan mengurangkan beban peniaga yang tidak mempunyai SOCSO dan terpaksa menanggung kos hospital. Selain tu,  jumlah bayaran kompaun pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat lesen dikurangkan sebanyak 50 peratus. Semua ini dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2012 sampai 31 Disember 2012.


Para pembaca, jom manfaatkan peluang ini. Jangan tunggu sampai tahun depan pula, kerana tahun depan mungkin dah tak dapat tawaran yang macam ni.






Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

4

Kenapa Menulis? Kenapa Niche Bisnes?

Posted by Unknown on Sunday, June 03, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog ni lama tak update, agak berminggu-minggu jugala kan. Macam dah malas je admin nak update, itu anggapan sesetangah orang yang membaca la kan. Bukan begitu niat admin. Admin selalu je blogwalking namun tiada post baru. Kenapa ye? Dah tiada idea ke admin ni? Kalau tiada idea, baik tutup kan? Mari admin terangkan mengapa admin menulis blog dan memilih niche bisnes atau perniagaan walaupun tahu niche ni tak popular.

berfikir,ingat
Menulis sekadar memberi peringatan pada seseorang.

Pada sesetengah orang, menulis blog ni macam diari hidup, nak berkongsi dengan orang ramai. Ada juga berkenaan nak duit melalui blog, berniaga online, ada juga yang sekadar meniru orang lain yang rata-ratanya semua sudah ada blog. Namun, untuk admin, admin menulis blog sekadar untuk mengingatkan admin mengenai apa yang telah admin tulis dan minat admin adalah terhadap bisnes/perniagaan.

Contohnya, jika dalam perniagaan yang admin ingin ceburi lebih besar pada masa hadapan, tetapi hampir berputus asa, admin akan mencari post admin yang bermotivasi seperti Putus Asa Halangan Terhebat Kejayaan, admin akan kembali berkeyakinan. Jika admin mengharapkan sesuatu atau berkhayal, Bukan Sebarangan Angan Mat Jenin akan menjadi titik tolak untuk admin menjadikannya realiti dengan berusaha.

Itulah sebabnya admin menulis blog niche perniagaan/bisnes. Perkongsian dengan pihak umum mengenai pendapat admin mengenai perniagaan, menjadi bonus untuk admin sekiranya ada pihak mengamalkan atau menilai blog admin dari sudut positif. Sekurang-kurangnya admin ada menyumbang pada masyarakat walaupun tidak seberapa penting.

Pesanan admin pada pembaca, tulislah blog walaupun sedikit. Tidak perlu ada sebab yang besar untuk anda tidak menulis walaupun sekadar suka-suka kerana mungkin ada yang akan memberi manfaat pada seseorang. Di zaman moden ini, semua orang berhak menulis dan memberi pendapat, tetapi dengan cara yang bersopan dan berhemah.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

12

Apakah itu Pelaris Perniagaan? Haram? Syirik?

Posted by Unknown on Thursday, May 24, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Adat dunia mahupun perniagaan, kadangkala turun dan kadangkala naik. Lumrah manusia, bukan semua mampu menahan  dugaan sekiranya perniagaan mereka merudum. Disebabkan itulah mereka ada memikirkan ikhtiar untuk mencari pelaris. Namun mereka kurang pengetahuan mengenai perkara ini sama ada ia halal disisi syarak atau pun syirik.

mohon doa-sihir
Mohon doa dari Allah S.W.T adalah cara terbaik untuk
setiap masalah dan dugaan
Banyak kejadian, kes dan ada di antara kita mesti pernah dengar mengenai perniagaan seseorang diletakkan tangkal di atas lampu premis perniagaan tersebut, dibalingkan pasir, tertanam syiling dan mantera berdekatan sehingga pelanggan berasa benci dan tidak nampak akan kedai tersebut. Ini adalah sebahagian daripada pelaris perniagaan yang merupakan sihir terlaknat oleh Allah.

Namun ada ke tak sebenarnya pelaris perniagaan yang halal, dari ayat Al-Quran? Ada sebenarnya. Islam ini banyak indahnya. Namun untuk mencari ayat yang bagus, kena bertanya orang yang sepatutnya iaitu ustaz-ustaz bertauliah, tuan guru dan ahli ulama'. Namun, admin boleh kongsikan bagaimana untuk mengelakkan sihir yang akan dihantar orang dan sebagai pelindung diri di hari-hari akan datang.


Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat (iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النس )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali :"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود)
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


Semoga apa yang admin kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda terhindar dari pelaris perniagaan yang berunsurkan sihir dan menguatkan keyakinan anda bahawa Allah S.W.T membantu mereka yang sentiasa di jalan-Nya.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?


5

Kenapa Berniaga Restoran/Gerai Makanan?

Posted by Unknown on Tuesday, May 22, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin lama tak post, macam bersawang pun ada tapi admin on je selalu. Maklumlah, niche bisnes macam blog admin ni bukan hari-hari ada cerita baru macam cerita artis, lagipun admin hanya nak bagi yang berkualiti sahaja kepada pembaca.

Baiklah, hari ini admin nak kongsi mengenai tajuk kat atas, mengapa ramai yang berniaga berasaskan makanan. Pernah tak kita terfikir kenapa? Dulu admin selalu fikir mengapa ramai sangat berniaga jual makanan ni, bagus sangat ke? Kadang-kadang pergi satu tempat makan tu tak sedap pun tapi boleh jalan juga perniagaannya.

restoran
Sekadar gambar hiasan restoran


Baiklah, di sini admin nak kongsikan apa yang bestnya buka perniagaan berasaskan makanan ni tapi ini berdasarkan pandangan admin tau. Yang bestnya buka perniagaan makanan ni adalah:

1. Mengikut kajian semasa, perniagaan yang tak akan putus atau mati ialah bisnes makanan atau hiburan sebab hari-hari orang akan makan, sehari paling kurang 2 kali, hiburan sepanjang masa. Kalau jual baju, ada orang yang sama nak beli hari-hari? Orang kaya pun tak buat macam tu (contoh sahaja).

2. Peratus keuntungan jualan perniagaan makanan ni adalah dari 50 peratus sehingga ke 100 peratus! Serius! Ini berdasarkan pertanyaan admin pada peniaga lama dan baru. Patutla ramai nak buka kedai makanan, cepat masyuk.

3. Ada orang cakap berniaga jual makanan ni kena ada modal besar, ada juga yang kata tidak tapi bergantung kepada kemampuan individu. Tapi biasanya orang yang buka gerai/restoran makanan ni ada bajet, jadi mereka bolehlah buka.

Itu antara yang best buka perniagaan makanan ni. Bahagian yang tak bestnya ialah::

1. Sekurang-kurangnya nak buka gerai/restoran makanan ni, owner atau pemiliknya mesti kena pandai masak, kalau tidak memang susah tahan lama. Mengapa admin cakap begini? Sebab kalau bergantung kepada tukang masak yang bukan family/saudara la katakan, tapi owner tak pandai masak, sekali tukang masak berhenti kerja atau cuti, tak akan nak tutup kedai? Banyak kes begini sudah berlaku tau.

2. Kualiti kena jaga la. Sekali masakan dah kotor atau tak berkualiti, tak sedap, memang orang tak akan datang dah. ISO kena ada tau!

3. Nak berniaga makanan ni kena konsisten, jangan kejap buka kejap tutup. Orang jauh datang nak makan tiba-tiba tutup, kan mengundang amarah pada pelanggan baru dan lama

Itu antara best dan tak best bila buka perniagaan berasaskan makanan ni. Ini pandangan admin sahaja lepas banyak memerhati dan bertanya. Mungkin para pembaca ada pandangan lain selain yang admin berikan di sini.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

17

Had Hutang di Tahap Melegakan

Posted by Unknown on Wednesday, May 09, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Para pembaca mesti pernah membaca entri admin sebelum ini pada bulan Februari mengenai Hutang dan Graduan yang menceritakan had muflis untuk seseorang itu adalah RM30,000 dan keadaan ini adalah amat bahaya untuk graduan kerana rata-rata graduan menghadapi hutang pinjaman pengajian melebihi jumlah yang ditetapkan itu. Ingat tak entri tersebut?

muflis, bankrupt
Bankrupt atau muflis menjadi igauan ngeri setiap orang
Namun pada hari ini, admin nak betulkan kembali mengenai had muflis yang kerajaan akan gubal dari had muflis dari RM30,000 kepada RM50,000. Admin lihat dari situasi ini adalah sangat-sangat baik kerana dunia sekarang sangat sudah menjadi lumrah bahawa hutang yag dibebani ramai orang dalah sangat tinggi dan jika tidak dipantau, ramai yang akan diisytihar muflis pada masa muda.

Mungkin bagi sesetangah orang, ini tidak penting atau remeh temeh namun setiap hari ada sahaja orang yang diisytihar muflis di Malaysia ini. Jika tidak percaya, boleh dapatkan maklumat di Jabatan Insolvensi Malaysia.

Mengenai maklumat ini, para pembaca boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Utusan Malaysia pada hari ini juga.


p/s: Berita ini dah bagus, namun jangan gunakan kesempatan ini untuk tambah hutang pula.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

8

Wordless Wednesday #9

Posted by Unknown on Tuesday, May 01, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

team work, mistake work




Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?




6

Pemain Popular, Pengadil Lagi Popular

Posted by Unknown on Sunday, April 29, 2012
Assalamualikum dan salam sejahtera..

Aik, tajuk entri admin ni ada kena mengena dengan perniagaan ke? Ada, kalau dah baca habis faham la kenapa tajuk entri begini. Pembaca sedia maklum yang admin dah buat entri mengenai iklan mengenai "indah khabar" dan iklan mengenai "wanita alat promosi?". Entri kali ini pun sebenarnya mengenai promosi atau iklan juga.

Semalam admin keluar saja-saja ambil angin dan kebetulan ada perlawanan live English Premier League (EPL) antara Chelsea dan QPR di kedai mamak. Admin pun tengok jugalah walaupun admin bukan penyokong mana-mana pasukan ini kerana admin penyokong kuat Arsenal. Dalam perlawanan itu, admin tersenyum seketika, bukan perlawanan itu yang menarik perhatian admin walaupun QPR dibelasah teruk oleh Chelsea 1 - 6 tetapi iklan Tune Group di baju pengadil perlawanan.

tune group

tony fernandes tune group

Kalau dilihat, ramai ahli perniagaan yang sibuk hendak menaja pasukan-pasukan di EPL ni baik yang kuat mahupun yang kurang menyerlah. Namun, pada tahun 2010, ahli perniagaan terkenal Tan Sri Tony Fernandes dengan syarikat Tune Groupnnya menaja baju-baju pengadil di EPL ni. Bijak kan beliau ni?

epl tune group referee

Kalau nak diikutkan secara logik, bukan setiap perlawanan lambang syarikat yang menaja pasukan itu akan ditayangkan pada setiap perlawanan di Astro (kecuali Maxis, Myeg). Tetapi, bayangkan setiap kali perlawanan, pengadil akan ada dan setiap kali itu la lambang dan jenama Tune Group ini akan dipaparkan. Cara yang sangat bagus kan, tidak terfikir oleh mana-mana orang sebelum ini. Ibaratnya sebelum ini golongan pengadil ni orang pandang sebelah mata jela.

Selepas bermula dengan pengadil, Tan Sri ini melebarkan sayap perniagaannya dengan membuat pelaburan membeli pasukan EPL iaitu Queens Park Rangers (QPR). Jadi, jenama Tan Sri Tony Fernandes makin kukuh di Eropah (Tune Group dan Airasia:MAS). Boleh dikatakan Tan Sri ini seorang yang genius dan berdisplin.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

7

Nak Berniaga Tapi Tak Tahu Bagaimana?

Posted by Unknown on Wednesday, April 25, 2012
Assalamualikum dan salam sejahtera..

Admin nak kongsikan satu info dengan anda semua. Ramai yang bertanya admin nak mula berniaga tapi tak tahu bagaimana hendak bermula dan hendak berniaga apa. Ini ada salah satu jawapannya. "FRANCAIS" atau bahasa inggerisnya "FRANCHISE". Anda tahu apa itu FRANCAIS? Perniagaan secara francais dalam pengetahuan admin ialah perniagaan yang menggunakan jenama orang lain untuk diniagakan dan diuruskan oleh kita. Perniagaan francais mempunyai kelebihan yang banyak.

Antaranya untuk yang kurang mahir, kita akan belajar cara-cara sistem perniagaan francais yang kita hendak buka. Francais pula biasanya mempunyai sistem yang sangat bagus dan terjamin. Itu sebabnya kita akan bayar fi francais kepada mereka kerana mereka sendiri akan pastikan franchise mereka, dengan jagaan anda terjamin. Lagi bertuah bila pihak kerajaan dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) menggalakkan perniagaan franchise di Malaysia.

program francais komuniti, francais malaysia

francais 1 malaysia, francais malaysia

Program ini amat bagus dalam menggalakkan sesiapa untuk berniaga, dari yang dah mempunyai perniagaan sendiri dan yang mahu hendak mula berniaga. Jadi apalagi, layari http://franchisemdtcc.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai program yang sangat bagus ini!

p/s: memang bagus betul, nak buka kena fikir betul-betul ni. ;)



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

11

Wordless Wednesday #8

Posted by Unknown on Tuesday, April 17, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

perempuan bertudung purdah tebar roti canai




Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

13

Psikologi Perniagaan - Wanita Alat Promosi?

Posted by Unknown on Sunday, April 15, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak kongsi la mengenai psikologi dalam perniagaan. Lama admin tak tulis mengenai jenis topik begini. Admin nak kongsi mengenai wanita selalu digunakan untuk menjadi model mempromosi sesuatu barangan. Admin nak tanya, betul ke tidak kebanyakan iklan di televisyen mahupun di papan-papan iklan tepi jalan banyak prempuan saja? Betul kan?

iklan garnier lisa surihani
Iklan Garnier oleh Lisa Surihani | Sumber mediamalaya.com
Ini ada lagi satu persoalan untuk semua. Mengapa agaknya perempuan banyak menjadi model atau duta produk tidak kira produk kecantikan, kereta mahupun produk am? Kenapa lelaki kurang sangat kurang menjadi model iklan agaknya?

Jawapannya, perempuan mempunyai "aset" yang boleh ditunjukkan kepada pelanggan di luar sana. Minta maaf kalau entri ini ada ayat melampau tapi tak salah admin katakan banyak iklan mengenai perempuan seksi jadi model iklan. Ada juga beranggapan perempuan ini sebagai simbol "seks" yang akan menarik perhatian ramai pelanggan.

Dari sudut berbeza, lelaki akan mudah tertarik dengan sesuatu iklan dengan modelnya dan itu lumrah yang tak perlu diterangkan mengapa sebab dari azali lagi lelaki memang begitu. Bagaimana dengan wanita pula? Katakanlah produk kecantikan, model yang dipilih menjadi model atau duta produk itu lawa dan cantik, sudah tentu wanita lain akan merasa produk itu berkesan dalam menonjolkan kecantikan mereka.

Dari sudut inilah syarikat-syarikat dan pengkaji promosi gunakan sebagai psikologi dalam mengembangkan perniagaan mereka. Iklan memberi impak besar dalam perniagaan dan iklan yang dibuat juga diberi perincian untuk menarik pelanggan yang baru dan lama. Psikologi ini cukup kuat, digunakan di mana saja walaupun di negeri yang menghalang model yang seksi atau ada simbol seks.

iklan celcom maya karin bertudung
Model iklan Celcom: Maya Karin| Sumber 5rus.blogdrive.com
Contoh iklan Celcom diatas dengan model Maya Karin. Jika wanita tidak memainkan peranan dalam iklan, kenapa Celcom tidak letak sahaja gambar telefon bimbit kerana ini iklan telco? Biarpun bertudung, model yang cantik digunakan dengan psikologi menarik pelanggan yang ada.

Iklan Digi model bertudung | Sumber 5rus.blogdrive.com
 Ini satu lagi contoh iklan yang menggunakan model wanita yang bertudung. Jadi dengan ini jelaslah bahawa wanita memainkan peranan penting dalam mempromosi sesuatu barangan. Psikologi perniagaan ni secara tidak langsung memanipulasi kaum hawa atau wanita dan secara tak langsung memanipulasi sifat semulajadi manusia yang sukakan kecantikan.


p/s: Model iklan wanita tak salah asalkan tidak menghala ke arah seks dan boleh menghancurkan pemikiran generasi zaman kini.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

9

Profesional: Cabang Perniagaan

Posted by Unknown on Friday, April 13, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak borak mengenai jawatan profesional. Apakah dimaksudkan dengan jawatan profesional? Jawatan profesional ni dalam fahaman admin ialah bidang yang diambil oleh seseorang itu melakukan kerja memerlukan skil yang berlainan dengan orang lain atau erti kata lain SUSAH dan memakan masa untuk belajar skil mereka.

Kenapa adanya golongan begini?  Ini kerana golongan ini banyak membantu dalam mengimbangkan keadaan dan kalau mereka ni tak ada, payah la. Tapi golongan ni belajar skil penat-penat, patutnya boleh buat pendapatan sendiri dan tak payah kerja dengan orang la kan sebab golongan begini memang akan dicari oleh orang lain.

Golongan begini yang minat bisnes tapi mereka rasa dah salah bidang yang diambil, jangan risau la. Golongan profesional lagi best kalau buka bisnes. Asal ada idea dan faham konsep, mudah sahaja.
idea bernas bisnes
Berfikir dengan dalam mengenai perniagaan yang
 ingin diceburi

Contoh bisnes bidang profesional yang admin nak share kalau buka bisnes la ye, nak tahu? Jom lihat:


1. Doktor / Doktor Gigi
doktor

- Bidang ini memang bagus sebab melibatkan kesihatan. Sampai bila-bila pun orang akan cari doktor ni. Apa salahnya kalau doktor buka klinik sendiri. Bukan setakat klinik, poliklinik, pusat pakar kulit, pakar muka dan sebagainya. Semua orang akan sakit termasuklah doktor pun. Jadi doktor sendiri, bos pun sendiri. Kan lebih bermakna begitu.







akauntan
2. Akauntan
- Bidang profesional ni memang admin 'salute' la. Bidang ni bukan senang tau, boleh sakit kepala dibuatnya. Kalau jawatan ni memang susah, sebab itu kebanyakan syarikat akan bagi gaji tinggi pada mereka yang memegang jawatan ni. Setiap syarikat mesti ada jawatan ni. Tapi akauntan ni kalau buka firma audit sendiri lagi bagus. Sakit kepala mengira pun sendiri untung. Pandai tender, juta-juta tau. Siapa yang tak nak?





3. Jurutera
jurutera
- Bidang profesional ni biasalah, semua orang tahu kan buat rumah, bangunan dan sebagainya, gaji mereka agak tinggi kerana kepakaran mereka. Admin rasa mereka boleh buka syarikat kontraktor sendiri. Untung bagus, projek yang bagus orang lain akan nilai melalui syarikat sendiri, bukan syarikat majikan. Mula-mula projek kecil, lama-lama besar-besaran. Ok kan?




peguam
4. Peguam
- Bidang ni admin kurang pengetahuan la juga tapi peguam ni bergantung kepada komisen kes tertentu yang mereka dapat. Jika kes itu berprofil tinggi, maka jumlah komisen juga akan tinggi. Tapi untuk mula dari bawah, buka firma guaman sendri, mula kecil-kecilan dengan ambil projek kecil dengan peguam untuk perumahan atau kes-kes kecil untuk membina nama dalam mendapat kes berprofil tinggi. Masyuk komisyen! hehehe








5. Arkitek
arkitek
- Akhir sekali, bidang ni memang admin suka. Bidang ni mengenai orang kreatif, lagi kreatif dan mengikut permintaan pelanggan, nama dan bayaran akan cepat naik. Kerja bawah syarikat lain, design kita yang cantik kita tak boleh claim, jadi hak syarikat, jadi tak seronok lah. Buka firma arkitek sendiri, design bangunan lawa-lawa dan dengan bangganya kita boleh katakan "itu bangunan ciptaan saya". Seronok kan?











Setakat ini itu saja bidang profesional yang admin nak kongsi, berpotensi untuk berkembang menjadi perniagaan sendiri. Kalau mahu semuanya boleh jadi. Tak pun ada sesiapa rasa ada bidang profesional lain yang bagus dijadikan perniagaan sendiri? Sila jangan segan silu nyatakan pendapat anda di bawah.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

4

Peluang Perniagaan Besar di KLIA2

Posted by Unknown on Monday, April 09, 2012 in
Assalamuaikum dan salam sejahtera..

Admin nak kongsikan sedikit mengenai peluang perniagaan yang mungkin akan merubah mana-mana syarikat kecil dalam keuntungan yang besar. Tender ketiga lot perniagaan di KLIA2 akan dibuka tak lama lagi. Wah, pelanggan mesti ramai tu. Dapat satu lot kat situ, mesti best walaupun sewa mahal agaknya. (hehehe)


Model KLIA2 yang baru dibina
Berita mengenai tender ketiga ini boleh dibaca di Utusan Malaysia Bahagian Korporat. Maklumat lanjut mengenai penerangan dan cara-cara memohon tender ini bolehlah layari laman sesawang KLIA2RETAIL.


p/s: kalau lah admin ada duit banyak, memang dah lama dah admin invest kat tempat macam ni. Pelanggan tak akan putus-putus datang.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

8

Muda Perlu Enjoy?

Posted by Unknown on Sunday, April 08, 2012 in ,
Assalamualakum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak ceritakan mengenai umur muda. Muda ni tak lama, sebelum umur 18 memanglah muda tapi tak kira remaja lagi kan. Ambil la dalam umur 40 kira tua ye. Ada orang cakap umur muda ni perlu enjoy, tak payah fikir teruk sangat pasal cari duit atau bersusah payah, betul ke?

zaman muda
Zaman muda perlu "target" untuk capai berbagai cita-cita
Admin keluarkan entri ni apabila dah berborak dengan seorang berumur hampir separuh dekad. Dia bekerja dengan sebuah syarikat dan disamping itu mempunyai perniagaan sendiri. Setelah melihat dan mendengar kisah hidupnya, admin bertanya patutlah kan kita mulakan perniagaan dari muda lagi? Dia menjawab tidak kerana masa muda masa untuk 'enjoy' dan boleh memulakan perniagaan pada umur 30'an jika dah rasa bosan bekerja dengan orang lain.

Lepas dengar kenyataan dia, admin macam kurang setuju dengan pernyataannya. Admin rasa jika kita mempunyai peluang sekarang untuk memulakan perniagaan, baik mulakan seawal mungkin. Ini kerana zaman dulu tidak sama dengan zaman sekarang. Jika kita lambat mulakan, orang lain akan mulakan dulu. Jika mereka dah maju, kita akan rasa menyesal. Kan rugi begitu?

Entri ni berkait dengan entri Gagal Semasa Muda, Bahagia Semasa Tua. Moga menjadi pembakar semangat untuk mula berniaga.

P/s: Dulu ramai tidak ada ilmu, sekarang dah ramai ada ilmu semua boleh cuba berniaga.



Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

3

Wordless Wednesday #7

Posted by Unknown on Tuesday, April 03, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

advertising



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

25

Premis Perniagaan Pilihan #3

Posted by Unknown on Wednesday, March 28, 2012 in

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama admin tak masuk topik premis perniagaan pilihan. Admin nak tunjukkan premis perniagaan yang pernah admin pergi dan nak kongsikan dengan anda semua.

The Cabin, Taman Melawati

Nampak cantik tak tempat ni? Tempat ni simple saja admin rasa. First time admin pergi tempat begini. Nama tempat ini dinamakan The Cabin. Tempat ni konsepnya simple. Menurut tuan punya kedai, kedai ini diubah suai daripada cabin yang sangat buruk dan dibeli murah. Kedai ni dibuat kelainan dengan ditambah tingkat atas untuk pelanggan yang inginkan pemandangan dari atas kedai. Ruang memasak ditempatkan di bahagian bawah. Nice concept!

Itu mengenai konsep kedai. Beralih pula pada bahagian makanan. Kebanyakan makanan disini admin nak cakapkan sedap sangat! Western menu adalah majoriti kat sini. Antara menu kat sini ialah:
- Burger (Homemade patties)
- Rosty (shredded potatoes)
- Frankfurter, pilihan pasta
- Chicken chop
- 6 pilihan roti bakar
- Nasi lemak Ayam

Kebanyakan makanan kat sini semua admin dah rasa. Ini gambar homemade patties yang admin dah makan.



Premis ni buka dari Selasa hingga Ahad, jam 5.30 hingga 2 pagi. Antara tarikan premis ni lagi, ramai juga artis permah makan kat sini. Mungkin kerana kawasan ni di kawasan yang cantik, jadi tarikan mereka la rasanya. Artis yang pernah datang sini ialah Fahrin Ahmad, Adam C. dan ramai lagi. Nak tengok gambar mereka, lihat di fanpage The Cabin. Oh ye, Tiz Zakyah pernah shooting di sini untuk pengetahuan semua.

Baiklah, jika sesiapa ingin makan makanan Western di tempat yang berlainan rupa sambil menikmati angin malam, ada pula rezeki nak jumpa artis kat sini, sila lah rasai kelainan di:
The Cabins, Jalan Bandar 11,
Taman Melawati (Pejabat Ahli Parlimen Gombak)
(landmarks: Blakang Calypso, Malaysian Institute of Art (MIA), Sakura Kristal)

p/s: Teringin makan homemade patties lagi yang sangat sedap.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

13

Wordless Wednesday #6

Posted by Unknown on Tuesday, March 27, 2012 in
Assalamulaikum dan salam sejahtera..

kelantan fried chicken



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

17

Terkenal Muda Batu Loncatan Berniaga

Posted by Unknown on Thursday, March 22, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa di sini tiada idola? Semua ada kan, ada yang menjadikan artis atau orang ternama sebagai idola. Idola itu sendiri tidak menyangka mereka akan terkenal suatu hari nanti. Mereka juga ada cita-cita lain sekiranya tidak menjadi seorang yang berjaya pada masa kini. Namun, bila mereka sudah terkenal, mereka bijak menggunakan peluang dikenali ramai untuk terus menjamin kejayaan di masa tua dengan berniaga.

Contohnya:
khairul fahmi resources
Antara atlet yang berjaya dengan karier dan bermula dengan
perniagaan beliau
Siapa tak kenal dengan atlet ini, antara hero yang menyerlah pada Piala Szuzuki AFF 2010. Apek atau Khairul Fahmi Che Mat telah pun membuka syarikat pelancongan bersama dengan Rakyat Travel iaitu Khairul Fahmi Resources (KFR). Muda lagi dah mempunyai syarikat dan perniagaan sendiri, inilah contoh terbaik untuk menjamin masa depan.

Tapi mungkin ramai orang akan beranggapan, beliau berasal dari Kelantan jadi memang dia patut ada jiwa berniaga. Oklah, kita lihat contoh lain pula.

lee chong wei sports arena
Lee Chong Wei Sports Arena
Yang ini mesti semua kenal. Pemain badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei (LCW). Walaupun Datuk LCW dalam prestasi yang memberangsangkan, namun ini tidak menghalang beliau untuk memulakan perniagaan. Bangunan ini milik beliau. Hebat kan? Walaupun PM kita, Dato Seri Najib dah umumkan duit pencen Datuk LCW ini RM3,000, kira terjamin la kan, namun bisnes lagi best.

Datuk LCW tak jadi coach bila bersara nanti pun dah kaya sangat. Ini ada contoh seorang lagi.

belacan ezany
Belacan keluaran artis Malaysia, Ezany
Yang terakhir ni admin ambil contoh seorang artis. Pelakon ini agak laku di drama-drama televisyen. Ezany ni ada  kilang kicap dan kilang belacan sendiri. Bagus kan artis ni, sampai dua perniagaan di mulakan terus. Admin pun tak pernah beli lagi produk artis ni namun admin sokong sikap dia ingin berniaga pada zaman di mana ramai pihak media dan peminat kenal beliau. Bonus kan dapat pelanggan dari peminat sendiri. Hehehe..


Inilah contoh-contoh baik yang kita boleh ambil dari orang-orang terkenal. Semasa popular dan dikenali ramai, memangla bayaran dan pendapatan agak lumayan tetapi masa tua dan kurang dikenali nanti bagaimana? Bisnes jugalah yang bukan setakat menampung malah memberi pendapatan hebat bila berjaya.


Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

3

Wordless Wednesday #5

Posted by Unknown on Tuesday, March 20, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tradisi Wordless Wednesday diteruskan lagi pada hari ni. Sebagai pengguna, kita berhak mendapat yang terbaik tetapi adakah kita selalu merujuk kepada perkara yang betul terutamanya seorang Muslim? Adakah anda merujuk perkara seperti gambar di bawah?

logo halal


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

5

Kecil atau Besar, Sistem Penting!

Posted by Unknown on Thursday, March 15, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin dah lama tak menulis mengenai tips perniagaan, asyik dengan gambar saja. Minta maaf semua sebab admin sangat sibuk kebelakangan ini. Diharap anda semua masih terus setia dengan blog ini. Kali ini admin nak menulis mengenai sistem dalam perniagaan? Tahu tak, sistem ni boleh dirangkumkan atau sama saja dengan pengurusan, perancangan, pelan dan lain-lain lagi.

sistem dalam perniagaan
Sistem yang penting menjaminkan kejayaan
sesuatu perniagaan

Admin nak tekankan disini bahawa sistem dalam perniagaan adalah sangat penting! Kenapa admin cakap begitu? Sebab kalau perancangan berterabur atau tidak tersusun, masa nak audit mahupun masa yang tidak diduga, perjalanan perniagaan itu akan terjejas. 

Bisnes kecil pun perlu ada sistem ke? Bagaimana tu?

Mengenai kecil atau besar, perniagaan kecil atau besar perlu ada sistem. Contohnya, jika kita mahu bermula menjual nasi lemak di tepi jalan, kita perlu merangka modal untuk membuat kuih-muih, jumlah jualan sehari dan keuntungan yang kita  perolehi. Semua ini perlu dicatit. Tak perlu pakai komputer pun, dalam buku nota yang kita rangka sendiri pun boleh digunakan asalkan semua transaksi dicatit.

Itu mengenai perniagaan kecil, perniagaan atau syarikat besar bagaimana? Sistem mereka sangat bagus ke? Tidak juga. Admin pernah bekerja di beberapa tempat dan ternyata ada juga sistem mereka yang tidak terjaga. Data-data mereka tidak tersusun. Bahananya, saat-saat akhir baru hendak disiapkan.

Sebenarnya tidak susah pun untuk memastikan sistem, perancangan mahupun pelan dalam perniagaan yang kita jalankan sentiasa berjalan lancar. Kita cuma perlu jangan tinggalkan perkara ini walau SEHARI pun kerana bila lupa mengenai perkara ini walau sehari, sedikit sebanyak sisitem dalam perniagaan kita akan terjejas.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

18

Wordless Wednesday #4

Posted by Unknown on Tuesday, March 13, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin meneruskan lagi tradisi Wordless Wednesday dengan mengenang kembali isu lama dalam gambar di bawah. Ingat tak lagi isu ini?


P/S: Dalam berniaga, nak kreatif pun kenalah fikir hukum hakam dan prospek pelanggan kita nanti. Yang ni confirm HARAM.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

19

Wordless Wednesday #3

Posted by Unknown on Tuesday, March 06, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin kembali meneruskan tradisi Wordless Wednesday. Maafla admin dah lama tak update blog sebab sibuk yang teramat sebelum ini. Walau bagaimanapun, admin akan cuba update selalu selepas ini untuk para pembaca blog admin.

Untuk kali ini, mari kita lihat gambar di bawah, antara dua menu ini yang mana paling banyak laku, terjual, dan popular di kalangan rakyat Malaysia?


teh tarik vs nasi lemak
Piihan admin adalah teh tarik! Nasi lemak nombor 2.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?



17

Hutang dan Graduan

Posted by Unknown on Thursday, February 02, 2012 in , , , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ni mungkin macam jauh sedikit dari info perniagaan yang biasa admin buat tapi percayalah, diakhirnya nanti ia akan mempunyai kaitan.Admin nak cerita mengenai HUTANG. Semua orang akan berhutang, tua dan muda tetapi bila menjejakkan kaki ke menara gading, pelajar akan mula berhutang (MARA, PTPTN, JPA) dan lain-lain lagi, melainkan berada dalam kelauarga berada.

hutang pelajaran
Pelajar menanggung hutang yang banyak sebaik sahaja
tamat pengajian.
Kita serba maklum bahawa sekarang semua orang berpeluang melanjutkan pelajaran asalkan berwang (bukan beruang ye). Ini fakta! Buktinya terdapat banyak IPTA dan IPTS yang diperakui untuk menggalakkan rakyat berilmu pengetahuan tetapi bagi yang kurang dari segi kewangan, mereka akan membuat pinjaman pendidikan, yang cemerlang mungkin akan mendapat biasiswa.

Tapi sedarkah kamu semua bahawa, seseorang boleh diisytiharkan muflis bila tidak mampu membayar hutang dan mempunyai HUTANG hanya berjumlah RM30,000?! Jumlah yang biasa admin rasa untuk pelajar meminjam. (Ini sumber dari Bank Negara Malaysia)

Katakanlah di IPTA sahaja mengambil jurusan diploma dengan pinjaman RM15,000 dan meneruskan pengajian di peringkat ijazah dengan pinjaman RM19,000. Jumlah sudah mencapai RM34,000!! Bagaimana seseorang pelajar itu mampu membayar jumlah pinjaman dengan masa yang singkat, macam harga sebuah kereta VIVA 1.0 tu.

Lepas menjadi graduan, dapat tawaran kerja dengan gaji RM2000 (gaji biasa untuk lepasan ijazah). Dengan kos hidup sekarang di bandar-bandar utama, mampu ke rasanya mereka membayar pinjaman walaupun RM100 sebulan? Pastinya mereka akan melewatkan bayaran dan jumlah interest akan meningkat.

Dalam dunia sekarang, ramai orang yang kaya dan orang yang kaya itu adakah dari golongan makan gaji? Sudah tentu tidak. Orang yang mempunyai perniagaan. Dengan cara ini, selepas melalui segala halangan dalam perniagaan, suatu hari nanti seseorang itu akan mampu menjadi usahawan berjaya dan setakat hutang-hutang lama itu akan mampu diselesaikan.

Mengikut pandangan admin, segulung ijazah itu hanya tiket untuk mendapatkan keyakinan bank atau institusi tertentu untuk kita memulakan perniagaan tetapi tidak salah untuk makan gaji dan menjalankan perniagaan pada masa yang sama, terserah. Lagi banyak sumber pendapatan kan?

P/S: Para pembaca masih tiada rasa untuk memulakan perniagaan?


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?



13

Wordless Wednesday #2

Posted by Unknown on Tuesday, January 31, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Admin meneruskan tradisi Wordless Wednesday ni.

teknik pemasaran hebat


16

Premis Perniagaan Pilihan #2

Posted by Unknown on Sunday, January 29, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Dah lama admin tak masuk mengenai kategori ini kan. Maklumlah, bukan senang nak kategorikan kedai-kedai yang kecil sebagai kedai yang bagus di mata pelanggan itu sendiri kan. Premis perniagaan pilihan kali ini admin dapat dari minggu lepas lagi tapi sayang sebab admin baru je perasan dan pergi walaupun kedai ni dah lama ada.

belanja murah
Semestinya kriteria utama setiap individu untuk berbelanja

Mula-mula sekali apa kriteria utama bila kita pergi ke kedai makan? Bagi admin mestilah MURAH dan SEDAP. Kalau MURAH je tapi tak SEDAP, tak guna jugak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, admin dah pergi ke kedai ini minggu lepas dan berpuas hati dengan premis perniagaan ini.

kedai murah promosi bajet
Premis pilihan admin kali ni, MURAH!
Inilah premis perniagaan pilihan yang admin pergi hari tu. Konsep kedai ni moden, tak adalah kolot pun. Yang penting sekali adalah ada PROMOSI BAJET untuk yang hendak menu yang murah, memang MURAH sangat-sangat untuk yang dah biasa makan kat kedai. TAK PERCAYA? Mari admin tunjukkan apa yang murah tu.

Sarapan pagi: (SET)
Mee/Bee Hoon Goreng / Kuey Teow Goreng + Kopi O/Teh O = RM1.00

Makan Tengah Hari: (SET)
Nasi Putih
Ayam Masak Merah / Kari / Kicap
Sayur Kobis + Taugeh Goreng
Cordial Sirap / Oren   = RM2.50

Makan Petang (Ala Carte):
Nasi Ayam Roasted + Air Cordial  = RM2.50
Nasi Goreng Daging Merah + Air Cordial  = RM2.50


Murah kan? Admin dah rasa masakan kat sini. SEDAP! Ingatkan murah ni masakan tawar atau masak biasa-biasa tapi memang best! Oh, ni untuk yang makan set BAJET je tau. Premis ni pun ada sediakan lauk lain dan menu lain yang admin tengok menyelerakan juga. Lupa nak bagitahu, premis perniagaan pilihan admin kali ni terletak di Dungun yang makin pesat membangun.

Admin rasa premis perniagaan kali ni faham akan situasi keperluan orang ramai kerana biasanya makan tengah hari di kedai memakan bajet RM6.00 paling minimum tetapi premis ni menawarkan menu semurah RM1.00 dan RM2.50. Premis ni berani menetapkan harga murah, dan tidak membebankan mereka untuk menarik pelanggan berkunjung ke premis mereka.

Selain itu, premis ni mengekalkan rasa makanan. Ramai pelanggan berkunjung ke premis mereka kerana MURAH. Jadi admin boleh katakan ini adalah WIN-WIN situation. Pelanggan puas hati, premis pula dapat tarik ramai pelanggan. Bagi premis lain, jika dapat buat seperti mana premis ini lakukan, rasanya mereka tak akan masak kat rumah dah untuk jimatkan bajet. (hehehe)


Itu sahaja entri admin kali ini. Nasihat admin kat premis perniagaan ni, keep it up! Konsep anda memang membntu ramai orang. Anda rasa bagaimana dengan premis sebegini?

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

17

Fanpage "Pendapat Niaga"

Posted by Unknown on Friday, January 27, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin baru dapat online untuk hari ini memandangkan admin dah berubah tempat, jadi kemudahan internet payah sikit di sini. Walau bagaimanapun, admin tak akan berhenti blogging, nanti orang cakap macam hangat-hangat tahi ayam saja. hehehe..

Untuk entri kali ni admin nak bagitahu mengenai fanpage blog admin ni saja, minta para pembaca boleh la lawat, LIKE dan bersantai di sini. Ajukan soalan dan cadangan yang bernas jika ada. Admin sangat mengalu-alukan para penge"LIKE" yang aktif, baru fanpage meriah, betul tak? (Idea dapat dari mira) hehehe..

JANGAN LUPA "LIKE" FANPAGE DI SINI

fanpage pendapatniaga

Admin harap sokongan semua pembaca blog admin ini untuk terus menyokong admin dalam berblogging. Semua orang ada matlamat tersendiri dalam berblogging ni dan matlamat admin adalah untuk berkongsi apa yang admin tahu dan rasa mengenai perniagaan. Terima kasih.. :)

Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?



6

Gagal Semasa Muda, Bahagia Semasa Tua

Posted by Unknown on Thursday, January 19, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa yang admin nak katakan mengenai entri kali ni? Pasal tua muda lak tu. Walau bagaimanapun entri admin, ia mesti berkenaan dengan perniagaan sebab nama blog pun pendapatniaga kan. Admin akan tetapkan niche begitu dan insyaAllah tak akan ubah kerana admin minat.

Baiklah, admin nak menceritakan mengenai tips dalam memupuk minat untuk berniaga atau melakukan apa-apa sahaja yang berada di luar kemampuan kita. Biasanya kita takut untuk melakukan sesuatu yang kita tidak tahu kerana takut akan kegagalan. Semua orang merasakn perkara yang sama.
gagal perniagaan
Gagal bermakna anda berjaya mencuba.
Dalam perniagaan, masa muda atau golongan belia inilah masa terbaik untuk menceburi bidang ini. Kerana apa? Kerana masa inilah seseorang itu ada masa untuk bangkit kembali untuk berjaya pada masa hadapan. Gagal bermakna anda sudah berjaya mencuba sesuatu yang anda tak pernah lakukan dan semestinya anda tidak akan mengulanginya lagi untuk berjaya.

Bayangkan anda hendak mula berniaga pada unur lewat 50-an, modal dikeluarkan dan perniagaan bermula. Malangnya perniagaan itu tidak berjaya. Seseorang yang berada dalam keadaan ini agak susah untuk bangkit kembali kerana masalah umur dan modal.

 Perkara ini akan berbeza jika seorang yang muda gagal dalam perniagaan, dia akan mencuba lagi pada masa hadapan kerana perjalanan hidupnya masih jauh. Mengenai memulakan perniagaan masa kecil, siapa tak kenal orang terkaya di dunia iaitu WARREN BUFFET? Ini gambar beliau.

warren buffet
WARREN BUFFET:
Manusia terkaya dan paling pemurah di dunia.
Admin terbaca mengenai kisah beliau bahawa beliau semasa umur 6 tahun lagi sudah menjual Coke dengan harga 25sen setiap botol dan berkembang mengambil upah menghantar surat khabar, membeli 2 tanah pertanian dengan hasil upah hantar surat khabar. Pada umur 11 tahun beliau membeli saham dan menyatakan beliau MENYESAL kerana tak bermula lebih awal.

MENYESAL SEBAB TAK BERMULA LEBIH AWAL?? Bila admin baca, admin rasa umur beliau masa tu muda lagi tapi beliau dah rasa rugi sebab tak bermula awal. Jika beliau merasakan umur sebegitu sudah rugi, mengapa tidak kita? Mengapa umur kita sebagai belia yang mempunyai akal yang cerdik tidak memulakan perniagaan walau secara kecil-kecilan?

Tiada sesiapa yang mahu gagal ketika melakukan sesuatu tetapi kegagalan itu berlaku pada semua orang. Cuma bagaimana dan bila kita akan gagal, itu yang kita tidak tahu. Yang pasti, jika gagal semasa muda, akan mempunyai banyak masa untuk kembali berjuang untuk berjaya pada masa hadapan.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

20

Ulang Bulan Yang Pertama

Posted by Unknown on Tuesday, January 17, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni genap la sebulan admin menyambut ulang bulan memulakan part timer sebagai blogger (kecoh admin ni, bukan setahun pun). Mungkin bagi sesetengah orang itu tidak bermakna tapi bagi admin, tempoh sebulan itu admin mula belajar mengenai dunia blogging dan banyak pihak yang membantu dalam pelbagai aspek.
ulang bulan pendapatniaga
Ulang bulan pertama admin sebagai blogger
Admin hargai ada pihak yang menghargai pendapat admin dalam entri-entri admin di blog ini. Ada yang bertanya secara private melalui emel dan ada yang menyokong melalui komen. Admin harap semua blogger dan pembaca boleh terus memberi sokongan untuk admin terus berada dalam dunia blogging bersama blogger-blogger lain.

Admin suka untuk menerima segala idea atau pendapat untuk admin jadikan sebagai entri dalam blog pendapatniaga ni. Minat orang berbeza jadi mana-mana idea yang admin rasakan sesuai dan admin boleh ulas@ bagi pendapat, admin akan ambil dan akan kreditkan kepada pemberi idea tersebut. Best kan camni? Backlink free pun dapat kan kalau terpilih.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini dan admin berusaha untuk memberi entri yang berguna dan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih daun keladi..

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.