17

Hutang dan Graduan

Posted by Unknown on Thursday, February 02, 2012 in , , , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri kali ni mungkin macam jauh sedikit dari info perniagaan yang biasa admin buat tapi percayalah, diakhirnya nanti ia akan mempunyai kaitan.Admin nak cerita mengenai HUTANG. Semua orang akan berhutang, tua dan muda tetapi bila menjejakkan kaki ke menara gading, pelajar akan mula berhutang (MARA, PTPTN, JPA) dan lain-lain lagi, melainkan berada dalam kelauarga berada.

hutang pelajaran
Pelajar menanggung hutang yang banyak sebaik sahaja
tamat pengajian.
Kita serba maklum bahawa sekarang semua orang berpeluang melanjutkan pelajaran asalkan berwang (bukan beruang ye). Ini fakta! Buktinya terdapat banyak IPTA dan IPTS yang diperakui untuk menggalakkan rakyat berilmu pengetahuan tetapi bagi yang kurang dari segi kewangan, mereka akan membuat pinjaman pendidikan, yang cemerlang mungkin akan mendapat biasiswa.

Tapi sedarkah kamu semua bahawa, seseorang boleh diisytiharkan muflis bila tidak mampu membayar hutang dan mempunyai HUTANG hanya berjumlah RM30,000?! Jumlah yang biasa admin rasa untuk pelajar meminjam. (Ini sumber dari Bank Negara Malaysia)

Katakanlah di IPTA sahaja mengambil jurusan diploma dengan pinjaman RM15,000 dan meneruskan pengajian di peringkat ijazah dengan pinjaman RM19,000. Jumlah sudah mencapai RM34,000!! Bagaimana seseorang pelajar itu mampu membayar jumlah pinjaman dengan masa yang singkat, macam harga sebuah kereta VIVA 1.0 tu.

Lepas menjadi graduan, dapat tawaran kerja dengan gaji RM2000 (gaji biasa untuk lepasan ijazah). Dengan kos hidup sekarang di bandar-bandar utama, mampu ke rasanya mereka membayar pinjaman walaupun RM100 sebulan? Pastinya mereka akan melewatkan bayaran dan jumlah interest akan meningkat.

Dalam dunia sekarang, ramai orang yang kaya dan orang yang kaya itu adakah dari golongan makan gaji? Sudah tentu tidak. Orang yang mempunyai perniagaan. Dengan cara ini, selepas melalui segala halangan dalam perniagaan, suatu hari nanti seseorang itu akan mampu menjadi usahawan berjaya dan setakat hutang-hutang lama itu akan mampu diselesaikan.

Mengikut pandangan admin, segulung ijazah itu hanya tiket untuk mendapatkan keyakinan bank atau institusi tertentu untuk kita memulakan perniagaan tetapi tidak salah untuk makan gaji dan menjalankan perniagaan pada masa yang sama, terserah. Lagi banyak sumber pendapatan kan?

P/S: Para pembaca masih tiada rasa untuk memulakan perniagaan?


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.