9

Profesional: Cabang Perniagaan

Posted by Ridhwan Othman on Friday, April 13, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak borak mengenai jawatan profesional. Apakah dimaksudkan dengan jawatan profesional? Jawatan profesional ni dalam fahaman admin ialah bidang yang diambil oleh seseorang itu melakukan kerja memerlukan skil yang berlainan dengan orang lain atau erti kata lain SUSAH dan memakan masa untuk belajar skil mereka.

Kenapa adanya golongan begini?  Ini kerana golongan ini banyak membantu dalam mengimbangkan keadaan dan kalau mereka ni tak ada, payah la. Tapi golongan ni belajar skil penat-penat, patutnya boleh buat pendapatan sendiri dan tak payah kerja dengan orang la kan sebab golongan begini memang akan dicari oleh orang lain.

Golongan begini yang minat bisnes tapi mereka rasa dah salah bidang yang diambil, jangan risau la. Golongan profesional lagi best kalau buka bisnes. Asal ada idea dan faham konsep, mudah sahaja.
idea bernas bisnes
Berfikir dengan dalam mengenai perniagaan yang
 ingin diceburi

Contoh bisnes bidang profesional yang admin nak share kalau buka bisnes la ye, nak tahu? Jom lihat:


1. Doktor / Doktor Gigi
doktor

- Bidang ini memang bagus sebab melibatkan kesihatan. Sampai bila-bila pun orang akan cari doktor ni. Apa salahnya kalau doktor buka klinik sendiri. Bukan setakat klinik, poliklinik, pusat pakar kulit, pakar muka dan sebagainya. Semua orang akan sakit termasuklah doktor pun. Jadi doktor sendiri, bos pun sendiri. Kan lebih bermakna begitu.







akauntan
2. Akauntan
- Bidang profesional ni memang admin 'salute' la. Bidang ni bukan senang tau, boleh sakit kepala dibuatnya. Kalau jawatan ni memang susah, sebab itu kebanyakan syarikat akan bagi gaji tinggi pada mereka yang memegang jawatan ni. Setiap syarikat mesti ada jawatan ni. Tapi akauntan ni kalau buka firma audit sendiri lagi bagus. Sakit kepala mengira pun sendiri untung. Pandai tender, juta-juta tau. Siapa yang tak nak?





3. Jurutera
jurutera
- Bidang profesional ni biasalah, semua orang tahu kan buat rumah, bangunan dan sebagainya, gaji mereka agak tinggi kerana kepakaran mereka. Admin rasa mereka boleh buka syarikat kontraktor sendiri. Untung bagus, projek yang bagus orang lain akan nilai melalui syarikat sendiri, bukan syarikat majikan. Mula-mula projek kecil, lama-lama besar-besaran. Ok kan?




peguam
4. Peguam
- Bidang ni admin kurang pengetahuan la juga tapi peguam ni bergantung kepada komisen kes tertentu yang mereka dapat. Jika kes itu berprofil tinggi, maka jumlah komisen juga akan tinggi. Tapi untuk mula dari bawah, buka firma guaman sendri, mula kecil-kecilan dengan ambil projek kecil dengan peguam untuk perumahan atau kes-kes kecil untuk membina nama dalam mendapat kes berprofil tinggi. Masyuk komisyen! hehehe








5. Arkitek
arkitek
- Akhir sekali, bidang ni memang admin suka. Bidang ni mengenai orang kreatif, lagi kreatif dan mengikut permintaan pelanggan, nama dan bayaran akan cepat naik. Kerja bawah syarikat lain, design kita yang cantik kita tak boleh claim, jadi hak syarikat, jadi tak seronok lah. Buka firma arkitek sendiri, design bangunan lawa-lawa dan dengan bangganya kita boleh katakan "itu bangunan ciptaan saya". Seronok kan?











Setakat ini itu saja bidang profesional yang admin nak kongsi, berpotensi untuk berkembang menjadi perniagaan sendiri. Kalau mahu semuanya boleh jadi. Tak pun ada sesiapa rasa ada bidang profesional lain yang bagus dijadikan perniagaan sendiri? Sila jangan segan silu nyatakan pendapat anda di bawah.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

9 Comments


cikgu belum layak di'consider' sbg bidang proffesional ea..kikiki


@cikgu jaja: eh, tak ckp pon camtu. bidang profesional ni bergantung pada anggapan masing-masing..kalau cikgu jaja rasa kerjaya guru tu profesional, sama la..;)


Admin, memang banyak perkara yang mereka perlu lebih banyak pelajari selepas tamat pengajian dan kemudian menjadi professional.

Sebagai contoh, dalam kejuruteraan...sebenarnya terlalu banyak cabang terpaksa mereka pilih selepas tamatnya pengajian.

Tapi betul kata admin, bidang ini dicari dan diperlukan kerana pengalaman dan kepakaran masing2.

Saya sendiri masih tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan sendiri :). Harap ditunjukkan jalan dan diberikan kekuatan suatu hari nanti. salam


@muttalif: semua pendapat muttalif itu betul. Pengalaman itu perlu ada jika nak buka bisnes. Cuma admin nak nyatakan ada masanya kita penat bekerja dengan orang dan mula bisnes sendiri menggunakan kepakaran kita.

Harap encik muttalif akan berjaya buka bisnes satu hari nanti..;)


@Ridhwan Othman : Terima kasih. Semoga ia menjadi kenyataan. :)


@drira: zira, kan dh ade doktor di atas tu, bleh lihat ye..;)


farmasi x de pun..hehe..


@nurwahidah: farmasi tu bolhe juga nawah kerjaya doktor..;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.