8

Muda Perlu Enjoy?

Posted by Ridhwan Othman on Sunday, April 08, 2012 in ,
Assalamualakum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak ceritakan mengenai umur muda. Muda ni tak lama, sebelum umur 18 memanglah muda tapi tak kira remaja lagi kan. Ambil la dalam umur 40 kira tua ye. Ada orang cakap umur muda ni perlu enjoy, tak payah fikir teruk sangat pasal cari duit atau bersusah payah, betul ke?

zaman muda
Zaman muda perlu "target" untuk capai berbagai cita-cita
Admin keluarkan entri ni apabila dah berborak dengan seorang berumur hampir separuh dekad. Dia bekerja dengan sebuah syarikat dan disamping itu mempunyai perniagaan sendiri. Setelah melihat dan mendengar kisah hidupnya, admin bertanya patutlah kan kita mulakan perniagaan dari muda lagi? Dia menjawab tidak kerana masa muda masa untuk 'enjoy' dan boleh memulakan perniagaan pada umur 30'an jika dah rasa bosan bekerja dengan orang lain.

Lepas dengar kenyataan dia, admin macam kurang setuju dengan pernyataannya. Admin rasa jika kita mempunyai peluang sekarang untuk memulakan perniagaan, baik mulakan seawal mungkin. Ini kerana zaman dulu tidak sama dengan zaman sekarang. Jika kita lambat mulakan, orang lain akan mulakan dulu. Jika mereka dah maju, kita akan rasa menyesal. Kan rugi begitu?

Entri ni berkait dengan entri Gagal Semasa Muda, Bahagia Semasa Tua. Moga menjadi pembakar semangat untuk mula berniaga.

P/s: Dulu ramai tidak ada ilmu, sekarang dah ramai ada ilmu semua boleh cuba berniaga.



Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

8 Comments


Dari muda kita perlu develop masa depan kita...


@hanif idrus: betul 2 hanif, muda memang singkat. kena fikir banyak perkara.


kalau pendapat saya, masa muda la kita kena mulakan perniagaan. nanti masa depan lebih terjamin. ^^


kwn dah 30lebih tapi tetap anak muda sbb org tua kwn nama muda,hahaha...


@eein azryn: betul 2 eein, masa depan lebih bagus n masa dengan family lebih banyak..;)

@ayen: hahha..muda? kalau camtu siapa nama bujang akan tetap bujang bila dah kahwin..huhu


muda2 caqri duit, tua rehat le


@liza: betul tu..cari duit yang halal je tau..;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.