31

Psikologi Perniagaan - Iklan "Indah Khabar"

Posted by Ridhwan Othman on Saturday, January 14, 2012 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin kembali dengan psikologi dalam perniagaan. Bila ingat balik nak buat entri baru ni, admin ada teringat mengenai satu iklan yang sampai sekarang admin terasa "terkena" dengan iklan tu dan geram juga. Rasanya semua orang pernah makan di satu restoran franchise ni, memang terkenal iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC).
kfc shrimp stix tricks marketing
Iklan KFC yang paling admin ingati sampai sekarang
Siapa ingat mengenai iklan KFC yang ini? Inilah menu KFC Shrimp Stix yang nampak menggiurkan pelanggan, admin pun rasa berselera sebelum pergi ke KFC untuk menikmati hidangan ni. Tengoklah gambar di atas, Shrimp Stix lagi besar dari ayam, mana admin tak tergoda! Sekali admin pergi beli, alahai. "Indah Khabar dari Rupa". Memang kecil sangat, geram pun ada. Baru gigit je dah habis, tak terasa sangat pun udang dalam tu.

Inilah strategi yang digunakan oleh kuasa-kuasa besar perniagaan untuk memajukan perniagaan. Bukan KFC saja, ada lagi yang buat iklan yang gempak! begini tetapi bila makan, memang tak berbaloi. Tetapi kuasa perniagaan ini tahu, mereka tiada pengganti lagi di Malaysia ini, jadi mereka merasakan iklan begini untuk menarik pelanggan tak salah.

Nasihat admin, sekiranya kita yang hendak memulakan perniagaan, jika membuat iklan atau poster, janganlah membuat iklan yang boleh memberi salah anggap kepada pelanggan atau "indah khabar dari rupa". Pelanggan akan merasa give up dan tidak akan berkunjung ke perniagaan kita sekiranya kita melakukan iklan sebegini.

Admin juga berharap kuasa-kuasa besar perniagaan tidak membuat marketing yang salah seperti iklan di atas ini. Admin masih ke KFC tapi hanya untuk menu yang admin biasa makan, Dinner Plate atau Snack Plate kerana masih berbaloi. Selain itu, admin tidak akan mencuba menu baru kerana takut terkena seperti Shrimp Stix ni.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

31 Comments


da byk kli terkena dgn kfc ni..btw,ni mmg slh satu cre tuk trik pelanggan tuk mencube produk bru dlm syrt kte..


gamba je yang sedap di pandang,, rasenye ta tentu lagi,, hehehe,,


itulah yg d katakan strategi bines kan


haha..kfc mmg cmtu. dlm gambaq kemain bsr..sekli beli,...alahaiiii~


Huh ... setuju sangat dengan tajuk tu ... 'indah khabar dari rupa'!?


Thanks for visit, Nice write brother, Have a great day,


mkn kat kfc x knyang pon..baik msak kat umah =)


mmng mcm tu..hurmmm =.="
asyk ditipu je


haha....biasala..Marketing..:)


memang pengeluar kurang tanggungjawab dalam mengiklan produk mereka


kfc dari dulu iklan style cenggini. sian kat bebudak la.. mudah terpedaya.


blh dikatakn semua iklan 'menipu'


hahaha, saya pernah kerja KFC masa tgh promosi benda ni. Ramai orang komplen. Saya staff dulu, puas dah makan shrimp stix ni. Sedap!

Kalau buat actual size, macam mana nak promote kan?


haha, memang begitu dalam perniagaan , nak untung. tengok saja, kenapa ada barang yang berharga rm17.90? sebab nak nampak kan ia murah, kalau letak rm 18.00 nanti mesti orang kata mahal :)


lepas tu tengok pula masa sale , harga pada tag diletak rm60, after discount 50% jadi rm30, haha. sebenarnya harga selepas diskaun tu adalah harga asal baju tu, :P


hahahha. slalu sgt kne. nk2 burger. kat iklan mcm x muat mulut je


fast food tidak menyihatkan =)


@mysweetpea: haha, tau takpe..

@suri solehah: bhgn marketing dorg yg cm2, bhgn lain ikut sajela..

@kakngah: bukan budak je kena kesian, mak ayah budak yang terliur pon kesian gak..hehehe

@cik tikah: wah, jgn skeptikal, bukan semua iklan camtu..;)

@hafizah haruno: tgk, mmg rmi komplen..say pon, komplen diam2 jela..hehehe

@ainina jelani: eh, mcm slh entri je ni? ;P

@faiq aiman: haha, btul burger 2 mmg slalu sgt la kan iklan best gile..

@MYVI: sekali sekala takpe..;)


heheheh....Mc Donald pun sama..
Dulu Big Mac memang BIG..sekarang Small Mac...hehehhe.
Kena tipu ngan saiz iklan..


Mekdi and Kepci same naik ! huh >_<


@cekbolat: betul tu..huhuhu..;)


gambar nampak besar dan sedap tp hakikat hampeh....

fibox kamu problem si komen sini :
Selamat pg selasa.... singgah menziarahi rakan2 semua.....


biasalah kan marketing gimmick tu :)


btul2, biasala 2.. tapi menipu pelanggan tu tau..;)


biasa la syarikat nak untung. Yg jd mangsa adalah kita. Betul x?


Pastu kalo burger plak dalam gambar nampak cam banyak sayur dan sayur2 segar lagi, roti dia gebu, kembung je. Tetiba bila dapat burger tu roti kemik, sayur ntah berapa minggu punya dah. layu semacam. Tapi yg udang ni saya ingat jugak. Pernah beli sekali je. Iklan dlm TV pun ye-ye oh je.


expectation & reality yg 10x berbeza..sob3


Biaselah begitu kalau iklan.

Kalau tengok gambar dan banding dengan produk sebenar, memang jaug beza. Nak-nak kalau iklan burger. Tengok dalam iklan, menggiurkan burger. Sekali dapat, yang penyek pun ade


@sall: yup, yang jaid mangsa adalah kita

@aku penghibur: ramai lagi yang terkena, sbr ye..

@lydsunshine: btul 2 lyd, burger lasngsung tak sama..mcm da lame je.

@mimeben: yes, indah khabar dari rupa

@nurfauzi: hahha..penyek? saya tak dapat la
penyek, cuma tak sama macam iklan je..


iklan memang banyak mempengaruhi kita kan...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.