16

Perlunya Pelan "B" Dalam Perniagaan

Posted by Ridhwan Othman on Sunday, January 08, 2012 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak ceritakan satu tips perniagaan yang lain iaitu perlunya pelan "B" dalam perniagaan kita. Apakah itu pelan "B"? Kena berniaga benda lain ke? Itu yang akan admin kupas dalam entri kali ini.
fikir masa depan
Selalu fikirkan pelan masa hadapan
dalam perniagaan kita
Pelan "B" yang admin maksudkan ialah perlunya kita memikirkan pelan perniagaan kita pada masa hadapan sekiranya berlaku apa-apa musibah, contohnya perniagaan kita mendapat bencana seperti dirompak, bencana alam, roboh tiba-tiba dan sebagainya. Pelan perniagaan pada masa hadapan ini perlu kerana sekiranya berlaku apa-apa pada perniagaan kita, mungkin kita tidak dapat meneruskan perniagaan kesayangan kita.

Pelan perniagaan masa depan kita mungkin untuk membesarkan perniagaan kita, itu juga dikira pelan"B". Merancang untuk berniaga ke tempat lain sekiranya tempat yang disewa dikehendaki tuan tanah, boleh juga dikira pelan "B". Sekiranya kita mampu untuk merancang lebih dari satu pelan, teruskan sahaja kerana ini akan membantu perniagaan anda di masa hadapan.

Anda semua sedar mengenai bencana di Dungun, Terengganu di mana ada jalan tepi pantai yang runtuh bukan? Kalau ada yang tak tahu, boleh lawat di Youtube atau cari guna pakcik Google untuk tahu lebih lanjut. Di sini, admin sertakan bencana alam yang berlaku di Dungun, dan ada cerita di sebaliknya yang ramai tak sedar.
jalan runtuh dungun

jalan runtuh dungun
Jalan runtuh di Dungun akibat ombak laut
yang sangat kuat.
Semua nampak kan betapa teruk jalan di tepi pantai tu? Mengenai jalan runtuh ni, kasihan kepada pengguna kerana setiap petang ramai akan menggunakan jalan ini untuk bersiar-siar mengambil angin pantai pada waktu petang.

Di satu sudut, admin tertanya-tanya bagaimana dengan nasib peniaga-peniaga kecil di tepi jalan akibat bencana alam ini. Adakah mereka mampu untuk bertahan apabila perniagaan mereka terpaksa di tutup selagi jalan tidak diperbaiki? Itu sebabnya admin mengeluarkan entri begini, Gambar di bawah menunjukkan premis perniagaan yang terpaksa tutup kerana tiada pelanggan yang datang ke kedai.

premis perniagaan dungun

premis perniagaan dungun
Antara premis perniagaan yang tutup akibat bencana alam.
Premis perniagaan di atas terpaksa ditutup oleh peniaga-peniaga kecil akibat bencana alam. Mereka terpaksa menanggung kerugian kerana perniagaan tidak dapat dijalankan. Sebelum ini, kedai-kedai ini sering dikunjungi pelanggan dan penuh dengan pelawat tempatan dan luar negara. Admin anggarkan premis ini akan ditutup dalam waktu yang agak lama kerana Majlis Perbandaran masih tidak membuat pembersihan dan pembaikian jalan untuk membantu peniaga-peniaga di sini.
kayu balak di jalan
Pembersihan masih tidak dilakukan oleh badan berwajib.
Bayangkan lah kalau ada lagi kayu balak atas jalan, pasir yang banyak. Siapa nak datang kan?

Admin berasa kasihan kepada peniaga-peniaga kecil di kawasan tersebut, Bagaimana jika kedai mereka itulah satu-satunya punca rezeki mereka. Admin harap meraka ada pelan "B" dalam perancangan perniagaan mereka seperti berniaga di pasar malam atau lain-lain.

Untuk para pembaca, admin harap anda yang mahu menceburkan diri dalam perniagaa, perlulah ada sekurang-kurangnya perancangan masa depan yang dapat menampung perniagaan anda sekiranya tragedi buruk berlaku. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

16 Comments


btoi kate awk tu..bkn perniagaan sje perlu ade plan b, politik, belajar dan lain2 pn msty ade plan b..


Betul banget tuh bang..pelan tapi pasti ya bang..sipp


naya betul lat peniaga area situ... buat sekadar melepaskan batok di tangga je ke...?


lady milo: bukan lepaskan batuk 2, tapi majlis perbandaran lambat nak baiki. 2 yang kesian kat dorang tu..


Banyak lagi kena belajar tentang perniagaan ni. Nak buat plan B tu pun perlukan banyak research jgk. Location, supplier, masa, modal semua. Kan?


LydSunshine: betul tu, memang perlukan banyak research mengenai banyak perkara seperti Lyd ckp 2..saya cuma menyatakan pendapat saya mengenai kejadian yang berlaku mengikut pemerhatian di sekeliling saya.


plan A atau B sama2 penting


yep plan b is a must.. jgn nak kawin pun ada pelan b sudah leee hehe


salam sahabat
nah kalau udah begini tinggal menerapkannya.makasih ya
oh iya dah saya follow dan maaf telat


dulu kita belajar kat sinila...


mesti ada backup...kalau x mmg tersungkurlah...


betul!!! salah satu back up ialah modal!!hehehehe
Tapi kasihan gak tgk peniaga kat Dungun tuuu


pantai teluk lipat kan:)


I agree with your post. One must have a back up plan in business..


First time here i found a good tips today.. Nice blog, keep in touch!


I found a useful tips today.. Nice blog, keep in touch!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.