5
Kecil atau Besar, Sistem Penting!
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Admin dah lama tak menulis mengenai tips perniagaan, asyik dengan gambar saja. Minta maaf semua sebab admin sangat sibuk kebelakangan ini. Diharap anda semua masih terus setia dengan blog ini. Kali ini admin nak menulis mengenai sistem dalam perniagaan? Tahu tak, sistem ni boleh dirangkumkan atau sama saja dengan pengurusan, perancangan, pelan dan lain-lain lagi.
Admin nak tekankan disini bahawa sistem dalam perniagaan adalah sangat penting! Kenapa admin cakap begitu? Sebab kalau perancangan berterabur atau tidak tersusun, masa nak audit mahupun masa yang tidak diduga, perjalanan perniagaan itu akan terjejas.
Mengenai kecil atau besar, perniagaan kecil atau besar perlu ada sistem. Contohnya, jika kita mahu bermula menjual nasi lemak di tepi jalan, kita perlu merangka modal untuk membuat kuih-muih, jumlah jualan sehari dan keuntungan yang kita perolehi. Semua ini perlu dicatit. Tak perlu pakai komputer pun, dalam buku nota yang kita rangka sendiri pun boleh digunakan asalkan semua transaksi dicatit.
Itu mengenai perniagaan kecil, perniagaan atau syarikat besar bagaimana? Sistem mereka sangat bagus ke? Tidak juga. Admin pernah bekerja di beberapa tempat dan ternyata ada juga sistem mereka yang tidak terjaga. Data-data mereka tidak tersusun. Bahananya, saat-saat akhir baru hendak disiapkan.
Sebenarnya tidak susah pun untuk memastikan sistem, perancangan mahupun pelan dalam perniagaan yang kita jalankan sentiasa berjalan lancar. Kita cuma perlu jangan tinggalkan perkara ini walau SEHARI pun kerana bila lupa mengenai perkara ini walau sehari, sedikit sebanyak sisitem dalam perniagaan kita akan terjejas.
Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?
Admin dah lama tak menulis mengenai tips perniagaan, asyik dengan gambar saja. Minta maaf semua sebab admin sangat sibuk kebelakangan ini. Diharap anda semua masih terus setia dengan blog ini. Kali ini admin nak menulis mengenai sistem dalam perniagaan? Tahu tak, sistem ni boleh dirangkumkan atau sama saja dengan pengurusan, perancangan, pelan dan lain-lain lagi.
Sistem yang penting menjaminkan kejayaan sesuatu perniagaan |
Bisnes kecil pun perlu ada sistem ke? Bagaimana tu?