24

Putus Asa - Halangan Terhebat Kejayaan

Posted by Ridhwan Othman on Wednesday, January 04, 2012 in , , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Siapa pernah PUTUS ASA? Semua orang pernah merasa begitu kan kadang-kadang? Give up la, tak nak buat la adalah sebahagian daripada putus asa. Admin nasihatkan janganlah kita berputus asa kerana putus asa ini adalah halangan terhebat/terbesar untuk berjaya dalam hidup.

Untuk menerangkan putus asa ni, admin nak ceritakan kejayaan seorang yang rendah diri, tidak suka publisiti tetapi amat kaya. Admin nak memperkenalkan jutawan Melayu paling kaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
tan sri syed mokhtar al-bukhary
Jutawan Melayu Terkaya
di Malaysia
Admin betul-betul admire tokoh Maal Hijrah 1429H/2008M ni bukan setakat kerana kekayaannya, tetapi usaha keras dan sumbangannya pada masyarakat. Admin nak ceritakan bahawa Tan Sri ni seorang yang susah pada ketika kecil dahulu tetapi beliau tetap tidak berputus asa untuk berjaya.

Pada usia muda, beliau hanya menjual sayuran yang ditanam sendiri keluarganya dan menjual roti canai. Di samping itu, beliau menolong bapanya menggembala haiwan peliharaan. Malangya, tahun 1970-an, wabak kaki dan mulut melanda dan perniagaan haiwan ternakan bapanya merosot sama sekali.

Beliau tidak PUTUS ASA dan meneruskan perniagaan bapanya tetapi bukan perniagaan ternakan tetapi menjual daging secara kecil-kecilan kepada peniaga-peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Di saat ini, beliau terus berjaya dalam perniagaan. Beliau kemudian menubuhkan Syarikat Kenderaan Sentosa.

Kejayaan terus dilakar apabila beliau menubuhkan BERNAS (Syarikat Beras) dan menubuhkan banyak lagi syarikat seperti Bukhary Sdn. Bhd. (gula) dan Susu Mas Sdn. Bhd.(pembungkusan tepung susu, tepung coklat, dan minyak sapi).

Ekoran kemelesetan ekonomi, beliau terpaksa menjual Susu Mas Sdn. Bhd. Atas sifat tidak mudah PUTUS ASA, beliau terus memasang strategi perniagaan dan meluaskan empayar perniagaannya. Kini, beliau banyak menerajui dan memegang kepentingan banyak syarikat besar. Antaranya:
bernas bukhary
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

pos malaysia bukhary
Pos Malaysia Berhad
modenas bukhary
Model Nasional (MODENAS)

ptp bukhary
Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd (PTP)

roti gardenia bukhary
Gardenia

Yang Bernas, Modenas, Gardenia tu mesti semua orang Malaysia kenal kan? Inilah antara syarikat-syarikat yang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary berjaya terajui. Antara syarikat lain yang beliau kuasai sekarang ialah:


1) MMC (CONSTRUCTION)
2) DRB-HICOM (AUTOMOTIVE)
3) TRADEWINDS (HOTEL DAN PERLADANGAN)
4) PADINI (GARMENT)
5) GULA PADANG TERAP & CENTRAL SUGAR REFINERY PLANT (GULA)
6) LAPANGAN TERBANG SENAI (AIRPORT)
7) HIGHWAY SENAI-JB (FREE TOLL HIGHWAY)
8) HIGHWAY KULIM-BALING (FREE TOLL HIGHWAY)
9) MALAKOFF (IPP)
10) ALAM FLORA
11) PUSPAKOM
12) HICOM-HONDA


Banyak kan? Kaya kan beliau? Tetapi kalau dalam berita jarang disebut nama beliau. Beliau tidak suka publisiti dan tidak suka ditemu-ramah. Kejayaan beliau digunakan untuk membantu orang lain dengan menubuhkan Yayasan al-Bukhary.

Admin nak tegaskan di sini, sekiranya Tan Sri dari awal mengaku kalah dan berPUTUS ASA, adakah beliau akan mengecapi kejayaan seperti sekarang? Sudah tentu tidak. Jadi, bila kita hendak membuat sesuatu atau berniaga, janganlah berPUTUS ASA sekiranya perniagaan kita gagal kerana kegagalan itu akan membuahkan kejayaan kita pada masa hadapan. Para pembaca, jangan PUTUS ASA dalam melakukan sesuatu OK!

Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

Sumber: Cerita lanjut mengenai tokoh ini,
1) "langkahkanan.com"
2) "beritasemasa.com"

24 Comments


d malaysia no 8 terkaya ...... dng aset 1 billion ++


komentar balik ya


Mantef banget artikelnya...senang banget aku bang..sipp


rafifredz: ye btul, di asia tenggara no 35 xsalah saya.

icah banjarmasin: tq..;)


wah jarang ya ada orang sperti itu skarang :)


sgt kagum dgn beliau :)


fuh. bgusnya klau lg ramai usahawan muslim mcm die


Putus asa ni ibarat jtuh tersungkur, luka lutut tapi taknak bangun sendiri. Orang hulur tangan, jual mahal :) terjelepak kat situ...last2 tadah tangan, ---Kalau doa takpa, minta sedekah :)


selagi kita b'usaha n tak b'putus asa..kita pasti berjaya kan.. n beliau ni b0leyh dijdkan inspirasi hidup.. :D


Kalau kita tengok org2 yg berjaya, semuanya bermula dgn gagal yg kronik. Contoh juga macam penagasa sendayu tinggi. Saya pun baru je cerita tentang TOny Fernandes di blog saya.


Salam ziarah..

Always proud of him... Cekal, tanah Dan sabar

Saya follow blog ni ye. Tq


Typo error * tabah * soriii..


saya pernah putus asa..aduhhh..skrg sedang naik perlahan - lahan..hopefully berjaya. Kalau nak jadi orang berjaya, Allah akan bagi kita susah dulu. Umpama rama - rama yang cantik, sebelum jadi rama - rama Allah ciptakan ulat bulu dulu.


nice post sobat.. :)


wahhhhh
keren blognye yeeeeeee....
seronok betullll




http://keep-trying-9.blogspot.com/


nice inpo sob... hadir kembali sobat...


jatuh tak bermakna kita sudah gagal,
kita hanya gagal bila kita tk bangun dari jatuh tersebut =)


Boleh dijadikan sebagai contoh ni.


kagum3..w/p mas dah give up xkeje2 dah berbulan2,tapi dah semangat sikit baca ni.yeah!


trekking your blog!!!

cheers!
..TREK..


seronok sgt baca kisah beliau.. mmg boleh dijadikan tauladan.. esp ttg sifat dermawannya


@mama pipie: betul 2 mama pipie..tokoh yg jarang ada pada zaman kini.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.