16

Premis Perniagaan Pilihan #2

Posted by Unknown on Sunday, January 29, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Dah lama admin tak masuk mengenai kategori ini kan. Maklumlah, bukan senang nak kategorikan kedai-kedai yang kecil sebagai kedai yang bagus di mata pelanggan itu sendiri kan. Premis perniagaan pilihan kali ini admin dapat dari minggu lepas lagi tapi sayang sebab admin baru je perasan dan pergi walaupun kedai ni dah lama ada.

belanja murah
Semestinya kriteria utama setiap individu untuk berbelanja

Mula-mula sekali apa kriteria utama bila kita pergi ke kedai makan? Bagi admin mestilah MURAH dan SEDAP. Kalau MURAH je tapi tak SEDAP, tak guna jugak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, admin dah pergi ke kedai ini minggu lepas dan berpuas hati dengan premis perniagaan ini.

kedai murah promosi bajet
Premis pilihan admin kali ni, MURAH!
Inilah premis perniagaan pilihan yang admin pergi hari tu. Konsep kedai ni moden, tak adalah kolot pun. Yang penting sekali adalah ada PROMOSI BAJET untuk yang hendak menu yang murah, memang MURAH sangat-sangat untuk yang dah biasa makan kat kedai. TAK PERCAYA? Mari admin tunjukkan apa yang murah tu.

Sarapan pagi: (SET)
Mee/Bee Hoon Goreng / Kuey Teow Goreng + Kopi O/Teh O = RM1.00

Makan Tengah Hari: (SET)
Nasi Putih
Ayam Masak Merah / Kari / Kicap
Sayur Kobis + Taugeh Goreng
Cordial Sirap / Oren   = RM2.50

Makan Petang (Ala Carte):
Nasi Ayam Roasted + Air Cordial  = RM2.50
Nasi Goreng Daging Merah + Air Cordial  = RM2.50


Murah kan? Admin dah rasa masakan kat sini. SEDAP! Ingatkan murah ni masakan tawar atau masak biasa-biasa tapi memang best! Oh, ni untuk yang makan set BAJET je tau. Premis ni pun ada sediakan lauk lain dan menu lain yang admin tengok menyelerakan juga. Lupa nak bagitahu, premis perniagaan pilihan admin kali ni terletak di Dungun yang makin pesat membangun.

Admin rasa premis perniagaan kali ni faham akan situasi keperluan orang ramai kerana biasanya makan tengah hari di kedai memakan bajet RM6.00 paling minimum tetapi premis ni menawarkan menu semurah RM1.00 dan RM2.50. Premis ni berani menetapkan harga murah, dan tidak membebankan mereka untuk menarik pelanggan berkunjung ke premis mereka.

Selain itu, premis ni mengekalkan rasa makanan. Ramai pelanggan berkunjung ke premis mereka kerana MURAH. Jadi admin boleh katakan ini adalah WIN-WIN situation. Pelanggan puas hati, premis pula dapat tarik ramai pelanggan. Bagi premis lain, jika dapat buat seperti mana premis ini lakukan, rasanya mereka tak akan masak kat rumah dah untuk jimatkan bajet. (hehehe)


Itu sahaja entri admin kali ini. Nasihat admin kat premis perniagaan ni, keep it up! Konsep anda memang membntu ramai orang. Anda rasa bagaimana dengan premis sebegini?

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

16 Comments


Ada lagi makan2 harga RM1!!!
Kalau sarapan pagi kat Melaka emmm..RM2.20..


@Hanif: memang ada encik hanif, boleh tahan juga tau rasanya.


haa pernah tgok kat dungun..
bole try pegi nih..


Sukar untuk dipercayai. Di Shah Alam tidak akan dapat harga makanan semurah ini. Perghh!


@faiq aiman: orang dungun ke? boleh la try pergi..hehe

@faizal dzasrik: ye, memang betul. Shah Alam tak dapat harga camni. Kalau ada memang ramai punya.


Ajak aku makan-makanlahhhhh..hahahaa


assalam, ini ala2 restoran 1malaysia. kat KL pun akk tahu ada 1 kedai yg murah mcm ni roti canai
+ teh tarik rm1.00 kat restoran ukhwah, berhampiran maju junction


@embun rosazila: yeke? bagus la camtu. harap2 lagi banyak kedai macam ni akan ada kat area KL.


td sy breakfast di sek kena caj rm7. gilo ke apo?


@daddy zuki: haa? breakfast ape sampai rm7 tu? mhl sgt..


sekarang ni harga makanan mahal belak jd kita kena bijak cari tempat yg murah tp sedap. heheheh


bagusnya.mmg susah dah nak jumpa kedai amal konsep win-win ni.selalu diaorag je yg win....lunch kalau xde RM10 xpyh la pergi lunch...huhuu
kan bagus kalau kebanyakan kedai wat macam ni...:)


@jukdin: btul 2, sume benda mahal jadi kita kena kurangkan kos bahagian makan.

@aishah jahirah: win-win konsep ni memang bagus, tapi siapa la nak buat kan memandangkan objektif asal bisnes ialah untung.


Dekat mana ni Duan? woahh murahhh. susah nak jumpa camni. kantin sekolah pun lagi mahal!


Betul2 murah ni. Boleh beri lokasi dia tak? Boleh pegi cari. Saya baru je balik dari Dungun 3 hari lepas. Makanan di Terengganu sedap-sedap la. Paling takleh lupa, roti paung kat tepi jalan tu.


@amir: dkt dungun lorh..


@lyd: saujana..tau x? sdp ea mkn kt terengganu? g sane bt pe? kampng sndri ea?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.