6

Gagal Semasa Muda, Bahagia Semasa Tua

Posted by Unknown on Thursday, January 19, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa yang admin nak katakan mengenai entri kali ni? Pasal tua muda lak tu. Walau bagaimanapun entri admin, ia mesti berkenaan dengan perniagaan sebab nama blog pun pendapatniaga kan. Admin akan tetapkan niche begitu dan insyaAllah tak akan ubah kerana admin minat.

Baiklah, admin nak menceritakan mengenai tips dalam memupuk minat untuk berniaga atau melakukan apa-apa sahaja yang berada di luar kemampuan kita. Biasanya kita takut untuk melakukan sesuatu yang kita tidak tahu kerana takut akan kegagalan. Semua orang merasakn perkara yang sama.
gagal perniagaan
Gagal bermakna anda berjaya mencuba.
Dalam perniagaan, masa muda atau golongan belia inilah masa terbaik untuk menceburi bidang ini. Kerana apa? Kerana masa inilah seseorang itu ada masa untuk bangkit kembali untuk berjaya pada masa hadapan. Gagal bermakna anda sudah berjaya mencuba sesuatu yang anda tak pernah lakukan dan semestinya anda tidak akan mengulanginya lagi untuk berjaya.

Bayangkan anda hendak mula berniaga pada unur lewat 50-an, modal dikeluarkan dan perniagaan bermula. Malangnya perniagaan itu tidak berjaya. Seseorang yang berada dalam keadaan ini agak susah untuk bangkit kembali kerana masalah umur dan modal.

 Perkara ini akan berbeza jika seorang yang muda gagal dalam perniagaan, dia akan mencuba lagi pada masa hadapan kerana perjalanan hidupnya masih jauh. Mengenai memulakan perniagaan masa kecil, siapa tak kenal orang terkaya di dunia iaitu WARREN BUFFET? Ini gambar beliau.

warren buffet
WARREN BUFFET:
Manusia terkaya dan paling pemurah di dunia.
Admin terbaca mengenai kisah beliau bahawa beliau semasa umur 6 tahun lagi sudah menjual Coke dengan harga 25sen setiap botol dan berkembang mengambil upah menghantar surat khabar, membeli 2 tanah pertanian dengan hasil upah hantar surat khabar. Pada umur 11 tahun beliau membeli saham dan menyatakan beliau MENYESAL kerana tak bermula lebih awal.

MENYESAL SEBAB TAK BERMULA LEBIH AWAL?? Bila admin baca, admin rasa umur beliau masa tu muda lagi tapi beliau dah rasa rugi sebab tak bermula awal. Jika beliau merasakan umur sebegitu sudah rugi, mengapa tidak kita? Mengapa umur kita sebagai belia yang mempunyai akal yang cerdik tidak memulakan perniagaan walau secara kecil-kecilan?

Tiada sesiapa yang mahu gagal ketika melakukan sesuatu tetapi kegagalan itu berlaku pada semua orang. Cuma bagaimana dan bila kita akan gagal, itu yang kita tidak tahu. Yang pasti, jika gagal semasa muda, akan mempunyai banyak masa untuk kembali berjuang untuk berjaya pada masa hadapan.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

6 Comments


Saya sokong ....macam sekarang ni start niaga umur dah lewat 30an...masa rasa amat mencemburui...tenaga pun dah lembik
Kalau dulu ingat benda2 macam ni..mgkn dah jadi millionare kott..heheheheh


@hanif idrus: betul tu, itulah maksud saya bila buat entri ni. Masa tua adalah masa menuai kejayaan dibuat masa muda.


peluang ada tp kadang2 keyakinan yang rapuh


Orang yang pernah gagal tu...lebih baik daripada orang yang tidak pernah gagal....


usaha tgge kjayaan :) xkire muda atau tua kn kn?hehe


pucuk pangkalnya ialah niat dan usaha kan??:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.