4

Seorang lagi blogger lahir..

Posted by Unknown on Sunday, December 18, 2011
Assalamulaikum dan selamat sejahtera..

Admin ni baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog walaupun dah lama kenal, baca dan follow member-member yang ada blog. Cuma baru sekarang nak try join, ilmu tak banyak mana pun (haha). Maknanya hari ini dalam sejarah untuk admin, 18hb Disember 2011, seorang blogger baru (noob) telah lahir. Takdelah pandai sangat pun.

Kalau lihat sekarang, semua orang nak buat blog, baik budak kecil sampai la yang dah "otai". Tapi apa istimewanya blog admin kali ni? Lupa lak, boleh panggil admin ni Duan tak pun do-1 je. Blog admin ni takdelah istimewa sangat pun, cuma admin nak kongsikan apa yang admin tahu mengenai perniagaan atau bisnes.

Admin ni dalam pengajian lagi kat IPTA terkemuka kat Malaysia ni. Biasa dengar ustaz cakap, "9/10 dari punca rezeki tu datangnya dari perniagaan". Betul tu, admin sokong. Tapi masalahnya ramai orang Cina je yang monopoli bisnes kat Malaysia ni.

Ok2, berbalik kepada blog ni. Blog ni admin nak buat lebih ke arah kongsi ilmu yang admin dapat dan semua yang baca entri2 ni komen, kot2 admin ni salah bagi maklumat ke ataupun ada ilmu yang anda semua kongsikan kat ruangan komen nanti. Yelah, admin pun manusia jugak, banyak benda yang admin tak tahu sebab baru belajar jugak bab2 bisnes, lagi-lagi bab blogging ni.

Sesiapa yang nak tegur ke ape ke, teruskan je sebab admin sedia ditegur, cuma dengan cara berhemah jela. Jangan sampai marah-marah (hehe). Oklah, admin akan post entri yang pertama mengenai bisnes. Admin tak akan post hari-hari, memandangkan waktu yang singkat. Lagipun kalau post hari-hari idea kering pulak, admin tak nak lah sebab nak post entri hari-hari, ciplak entri blog orang lain lak (hehe). Sampai di sini..

Tagline admin : Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

4 Comments


Hoho bagus lah, first entry pun dah power. Keep moving, dah follow awak ^^. for now just kene tambah ChatBox dulu, then barulah ke bhgian design2 tu. Yang penting kene ada semangat, ketekunan dan kecekalan kalau nak berjaya sebagai seorang blogger. :D


hehe..terima kasih amir said. Ni saja luahan seorang blogger baru je. thx sgt2 sbb follow dh. ok, sy akn tmbh chatbox dan truskn usaha yang lain-lain. :D


mcm kenal jer ngan blogger br nih... :p


hehe..segan lak otai blog dh smpi page ni..tq sbb singgah..huhuhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.