7

Please Start a Business in Your Area!

Posted by Unknown on Wednesday, December 21, 2011 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wah! Tajuk entri kali ni English la pula. Saja je admin nak speaking sikit-sikit, maklumlah admin kan student, kena juga praktis cakap English. Maksud tajuk di atas ialah "Mulakan Perniagaan anda di kawasan/wilayah/tempat anda sendiri".
gambar kredit shahrulsite : berniaga di kawasan sendiri
lebih mudah untuk maju dan berjaya.

Kenapa admin cakap macam tu? Bukan ke admin ada tulis tips cari pasaran perniagaan yang berlainan? Betul, admin ada tulis pada entri yang lepas. Mari sini admin terangkan. Mulakan perniagaan di kawasan anda sendiri adalah permulaan yang sangat bagus untuk orang yang baru menceburi bidang perniagaan.

Ini kerana jika memulakan perniagaan di kawasan anda sendiri, anda mempunyai banyak kelebihan untuk maju dalam perniagaan anda yang sedang berkembang. Kenapa? Sebab, di kawasan anda, anda mempunyai banyak kenalan-kenalan anda yang boleh menyokong bisnes anda.

Contohnya anda membuka kedai runcit di kawasan anda. Anda ada kenalan seperti kawan sekolah yang lama, saudara-mara, ahli keluarga dan mungkin juga rakan rapat anda semasa di universiti dahulu. Kenalan-kenalan inilah yang akan menyokong anda dengan berkunjung ke kedai runcit anda untuk membeli barangan dari pergi ke kedai runcit yang lain kerana mereka mengenali anda.

Cuba bayangkan anda membuka contohnya kedai runcit di tempat yang asing bagi anda sendiri, anda tidak mempunyai kenalan dan orang sekitar mungkin agak sukar untuk pergi ke kedai baru dan pergi ke kedai kebiasaan mereka. Itu sebabnya admin nasihatkan mulakan perniagaan di kawasan anda sendiri.

Walau bagaimanapun, itu pendapat admin setelah memerhati dan bertanya kawan-kawan yang membuka bisnes sendiri. Mungkin orang lain ada strategi tersendiri bila membuka perniagaan. Lain orang lain hati, lain perniagaan lain strategi.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

7 Comments


tapi kan kalau tempat sendiri ni risiko owg nak berhutang tinggi kot...nak 2x berniaga runcit...haha


hehehe..btul jgk 2 sharul tp kita kne displin la dgn org2 cm2..rsenye brgn runcit lg ok, klu brg letrik? ssh woo..huhu


aku nak buka bisnes... :)


sy pun minat berbisnes tp secara kecil-kecilan aje.. hehe


hehehe..bgus2, secara kecil kecilan 2 permulaan yg bgus..truskn..=)


berniaga dikawasan sendiri bnyak yg kenal,t banyak pulak yang pakai buku 555


jgnla fikir negatif..berniaga di tempat sndri terbukti senang untuk maju. Say cuma bagi contoh mengenai kedai runcit, kalau perniagaan lain tak ada kes begini..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.