19

Premis Perniagaan Pilihan #1

Posted by Ridhwan Othman on Tuesday, December 27, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni admin nak mulakan salah satu dari kategori dalam blog admin iaitu Premis Perniagaan Pilihan. Pilihan ni tak semestinya admin ambil yang terbaik saja, admin mungkin juga admin akan ambil yang terburuk atau tercorot atau seangkatan dengannya. Yang pasti admin tak akan sebut nama kedai itu. Untuk permulaan admin akan mulakan kategori ni dengan pilihan premis yang baik.

Untuk yang duduk kat Malaysia, siapa yang tahu asal usul makanan bernama "KEROPOK LEKOR?" Yes! Asalnya ialah dari Terengganu. Admin nak ceritakan premis/kedai pilihan admin kali ni. Tempat kedai ni terletak di Dungun, Terengganu.

keropok lekor di dungun
Premis yang sentiasa dipenuhi pelanggan pada waktu petang
terletak di Dungun, Terengganu.
Premis perniagaan pilihan admin seperti gambar di atas ni terletak di Dungun, jadi orang Dungun kenal sangat lah kedai ni sebab memang famous. Setiap petang kedai ni mesti penuh orang, sanggup beratur. Apa yagn famous kat sini? Kenapa admin pilih tempat ni? Salah satu sebabnya ialah kedai ni kedai orang Melayu kita, bagi admin sangat maju kerana permintaan yang tak putus-putus.

Premis perniagaan ni terkenal dengan keropok lekornya yang sangat sedap! Orang biasa beli mesti lebih dari RM5, kadang-kadang sampai puluh-puluh RM! Premis ni pun terkenal dengan karipap, keropok keping dalam bungkusan, keropok sira, sata goreng dan lain-lain makanan ringan. Pendek kata semua yang dijual di sini sangat sedap, patutlah laku je tiap-tiap petang.

Admin pergi sini dengan kawan (ada dalam gambar) nak beli sedikit je. Ingatkan admin dengan kawan je yang beratur nak beli sedikit, rupa-rupanya ramai juga yang macam tu sebab nak rasa kesedapan keropok lekor buatan kedai ni. Lepas selidik, admin dapat agak mengapa premis/kedai perniagaan pilihan admin ni begitu maju.

1. Makanan yang dijual memang digoreng dekat dengan dapur berhampiran, jadi makanan tu sentiasa panas. Takkan kita nak makan makanan sejuk pula kan, nanti tak sedap.


2.  Premis ni dekat dengan sekolah walaupun kedai ni agak ke dalam dari jalan besar, jadi ibu bapa boleh membeli makanan sementara menunggu nak ambil anak dari sekolah.


3. Signboard ada banyak di jalan besar untuk memberitahu lokasi kedai, jadi senang orang nak ke kedainya walaupun macam terpencil sedikit untuk orang yang baru sampai di Dungun.


4. Kedai ni dalam bangunan batu, maknanya moden la sedikit berbanding dijual di tepi jalan atau tepi pantai. Bukan apa, boleh la berlindung sekiranya hujan, boleh juga beli makanan sedikit sementara hujan reda (anggapan admin).


5. Paling penting, servis kedai ni cepat walaupun ramai orang. Kadang-kadang kita ni mudah melatah dan kelam kabut bila pelanggan jadi ramai, mula la servis jadi teruk. Tapi kedai ni tak, memang cepat dan orang tak bosan menunggu.

Bagi admin, siapa yang datang ke Dungun tak merasa keropok lekor ni pada waktu petang memang rugi sebab sangat sedap! Cubalah datang ke sini (hehe). Sekian dari admin. Untuk premis akan datang, admin akan cari yang mana patut untuk dikongsikan dalam blog ni. Yang penting, semua premis yang admin pilih tiada kena mengena atau tiada hubungan dengan admin. Pilihan admin sebagai pelanggan saja.

P/S: Rasanya ramai dah kenal Dungun, Terengganu ni berikutan masuk dalam berita untuk kejadian bencana alam.

Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

19 Comments


Keropok Lekar Memang Terbaik..,


sedapnya keropok lekor terengganu...


mesti pernah makan kn..kalau jumpa kat area KL, memang tak sama rasa..


Good nyt my friend.. stay happy always..


kite suke makan kopok lekor! ^^

~nak berniaga haruslah cari tempat yg strategik, baru lah maju.. kan kan?


suke mkn? datang la terengganu bawak balik byk2 buat bekalan..hehe..yes, berniaga perlu tmpt yg strategik..=)


nak sikit boleh? sedap 2 kerpk lekor..huhu..


mai laa kelantan lak hehe...nnti kalu lalu kot nie nk singgah lah tq :)


ramainya orang..
mesti sedap tu..


tempat yang ramai org bese nyer sedap..yummy2 !! =)


As salam. Nanti nak balik Trg in Mar 2012 boleh singgah kat sini he he he.


datang la cni..masa nak datang 2 leh lah tye admin kalau nak..=)


gud..boleh membantu peniaga kecil kecilan nieyh ;)


cuti2 sekolah ni lagi laris nampaknya


sedapnyaaaaaaa......


ambe kenal bebenor tempat ni :) aku mmg slalu beli kepok sini la sblm balik kl utk kwn2 yg teringin nak rase kepok ganu nih... 10minit je dr umah :D


Dari foto nya ku lihat seperti nya ini bukan di indonesia... karena terlihat kalo di foto itu jalan-jalan nya bersi dan rapi..

ini antara singapura atau malaysia


ganu kiter...!!!..xD

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.