9

Senyum la Kak, Susah Sangat Ke?

Posted by Unknown on Friday, December 23, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri di atas tentu dah buat pembaca tahu apa yang admin nak ceritakan pada entri kali ni. Ada la pada masa bila entah, admin tak ingat dah tapi ingat la peristiwa ni sebab ada la rasa tak puas hati sikit dan sebab nak update blog (hehe). Berkenaan dengan senyum ni la.
senyum
Senyum itu memberi seribu makna kepda
sesetengah orang.
Pada masa tu admin adalah pergi ke sebuah restoran dengan seorang kawan untuk makan la kan. Mula-mula tu lama la juga admin tunggu untuk dapatkan order makan. Tapi admin sabar juga, mungkin sebab ramai orang. Tapi dah lama pun tak ada juga orang yang ambil order. Admin juga yang pergi panggil orang tu untuk ambil order.

Itu satu masalah. Dah la dia datang tu admin yang panggil, dia datang tu dengan muka masam. Macam la admin bawa masalah dekat dia. Sekurang-kurangya senyumlah sedikit, saya ni pelanggan anda. Saya bayar tau, bukan percuma je saya makan di sini. Admin buat keputusan malas dah nak datang dekat situ sebab servis yang begitu.

Admin nak tekankan masa berniaga ni kena la senyum walau macam mana sibuk atau emosinya anda. Jika tidak, pelanggan akan lari dan merasakan anda tidak mesra dengan mereka walaupun pada hari itu je anda bermasam muka. Tengok apa dah jadi bila tak senyum, pelanggan macam admin pun dah tak nak datang dah kat situ. Rugi je seorang pelanggan.

Ini tips mudah dalam perniagaan iaitu senyum, bukan susah pun, free je kan. Dengan cara ini, pelanggan pun mudah je nak datang ke kedai anda kerana mereka rasa anda mesra dan ikhlas. Para pembaca ada tak pengalaman begini? Cuba ceritakan sedikit etika peniaga yang anda pernah jumpa mengenai masam muka dan senyum ni.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

9 Comments


tawu tak pe! kadang kalau kite nak mkn pon hilang selera sbb mereka yg tak mesra alam itu.. -.-


2 sbbnye la mls dah nk dtg kedai tu lagi..=)


kalau tak senyum macam mana nak membina hubungan dgn pelanggan...nak cari pelanggan senang jer...slice harga...berduyun2 org datang...tetapi yg susuh nyer tu...nak memastikan pelanggan kita tu datang kembali dan sercara tidak formal membantu kita mempromosikan perniagaan kita kepada org2 yg hampir dgn mereka...tanpa kita sedari senyuman dan layanan mesra itu juga blh menjadi added value dlm perniagaan kita...he..he..he.. sekadar pendapat dr org baru nak belajar berniaga... :)


betul, xde salahnya coll rc store bagi pandangan sebegitu. Kadang2 kita terlupa benda yang mudah seperti senyum, tapi itulah yang akan membantu kita dalam berniaga. Admin pun menuntut ilmu lagi macam orang lain..=)


senyum senyumlah jagan tak senyum yea..:)


hehe..ye, senyum je..=)


WAH!! kalau prof la orang tu...mesti senyum sokmo. rugi tau kalau masam2 muke ni.


dah kena selalu dah,
mcm nak taknak je dia layan kita ==


itula sebabnya..jadi, boikot peniaga yang buat kita camtu..kita ada hak..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.