9
Psikologi Dalam Perniagaan - Diskaun
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Rasanya semua pembaca faham mengenai gambar di atas kan? Lebih-lebih lagi admin dah tulis pun kat tajuk entri. Kali ni admin nak ceritakan mengenai salah satu psikologi dalam perniagaan iaitu tawaran DISKAUN. Siapa yang tak tahu mengenai diskaun kan, lagi-lagi semua orang rasanya pernah membeli barangan di kala ada waktu "sale".
Mengenai diskaun ni kan, admin nak cerita semasa admin belajar mengenai subjek "Business Mathematic", admin ada belajar mengenai teknik diskaun yang digunakan oleh peniaga-peniaga. Kami belajar bahawa peniaga menaikkan harga barangan itu terlebih dahulu untuk dipotong menjadi harga murah, kononnya peniaga tersebut telah memberi diskaun sempena perniagaan. Tak percaya??
Admin tak boleh cakap apa lah kalau tak percaya tapi percaya lah, ini lah hakikatnya. Walaupun admin pernah belajar mengenai perkara itu, admin pun masih berminat mengenai "sale" yang diadakan oleh peniaga. Ini kerana teknik begitu adalah salah satu teknik psikologi dalam perniagaan yang secara tak langsung mempengaruhi akal kita.
Bayangkan lah kalau ada diskaun di sana sini di premis perniagaan.. Secara tak langsung kita akan berminat untuk melihat walaupun tidak ingin membelinya. Akal sedar kita terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan ini adalah lumrah, bukanlah sesuatu yang tidak elok. Elok je sebab menunjukkan kita normal la (hehe).
Walau bagaimanapun, ini adalah pendapat admin. Mengenai topik diskaun ni kan, admin rasa la kan pihak perempuan amat-amat berminat bila dengar perkataan"DISKAUN" dan juga "SALE" (bukan berat sebelah, pihak lelaki suka juga tapi tak sehebat perempuan). Jangan marah, ini pendapat admin je.
Para pembaca rasa bagaimana? Ada ke bahagian yang admin salah sebut? Nyatakan, admin hanya menyatakan pendapat admin.
Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?
Tawaran yang biasa dilihat semasa musim perayaan dan akhir tahun di pusat membeli-belah dan premis perniagaan. |