3

Modal? Masalah ke Malas?

Posted by Unknown on Monday, December 19, 2011 in ,
Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak tekankan mengenai modal. Kenapa admin buat entri mengenai malas lak? Kalau ada yang bertanya begini, admin akan terangkan. Bukan saja-saja admin buat entri begini tanpa bersebab.

Begini, kalau diikutkan dan ditanya, ramai juga orang yang nak mulakan perniagaan kerana nampak potensi bisnes ni boleh berjaya bila pandai jaga dan bertahan lama. Persoalan yang selalu timbul samada orang yang dah berumur mahupun yang baru habis belajar ialah "MODAL".
modal
Persoalan yang sering timbul adalah mengenai modal untuk bermula perniagaan.
Betul tak cakap admin? Ramai yang akan bertanya mengenai bagaimana nak mula berniaga kalau modal tiada. Ada perbualan admin dengan beberapa orang, begini jawabnya mengenai memulakan perniagaan lepas habis belajar:

"Siapa cakap tak berminat, tapi maklumlah, kita ni kan pelajar, baru saja habis belajar, hutang pinjaman PTPTN pun tak bayar lagi, manalah ada modal nak mula berniaga"

Baiklah, itu pendapat pelajar la kan sebab admin pun pelajar jugak. Admin ada juga berborak dengan orang yang lebih berumur mengenai hal ini. Ini jawabnya:

"Senanglah kau cakap, ingat senang ke nak buat pinjaman kat bank tu. Banyak prosedur yang dorang nak. Makan masa, kalau dah apply lepas tu tak dapat, buang masa lak" 

Ini antara perbualan admin dengan orang-orang yang admin rapat dan ada juga cita-cita nak membuka perniagaan kecil-kecilan, semua merungut mengenai modal. Admin faham yang nak buat pinjaman dekat bank memang memerlukan kesabaran. Tapi tahu tak yang buat pinjaman untuk buka perniagaan bukan kat bank-bank tempatan saja? Ada lagi tempat lain yang boleh kita apply pinjaman ni.

Setiap tahun kerajaan kita banyak memperuntukkan bajet kewangan untuk menolong orang Bumiputra untuk mula berniaga. Untuk pengetahuan kamu semua, di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), ada lebih 20 tempat untuk kita untuk memohon mikro pinjaman untuk mulakan bisnes kecil-kecilan. Di bawah lebih 20 tempat ni, ada pula lebih 50 pakej atau pelan mikro pinjaman yang anda semua boleh pilih mengikut kesesuaian termasuk lah PELAJAR yang baru sahaja tamat pengajian.

Jadi, bukan masalah dah bagi kita untuk mula berniaga, cara dah ada, kita cuma perlu cari saja. Jangan jadikan modal sebagai alasan lagi, malas itu yang menghalang kita untuk mencari dan memulakan perniagaan. Untuk mengetahui nama-nama tempat yang admin maksudkan tu, leh download dokumen kat sini.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?




3 Comments


cayalah admin... memang info yg amat berguna... xramai orang dapat info camni..


thanx zaiedan..;)


salam tumpang lalu bang...link 2 da xdela...ada link laen x...terime kasih

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.