32

Bukan Sebarangan Angan Mat Jenin

Posted by Unknown on Friday, December 30, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa yang tak kenal Mat Jenin? Kalau siapa yang tak kenal, agak kesian sebab Mat Jenin ni amat terkenal walaupun ianya hanyalah dongeng semata-mata. Siapa yang tak kenal boleh lah cari kat pakcik Google ye. Mat Jenin amat terkenal dengan sikapnya yang suka berangan-angan tak kira masa, sebelum membuat apa-apa pekerjaan sekali pun.
angan mat jenin
Angan-angan Mat Jenin yang kadang-kala
memberikan inspirasi untuk berjaya.
Salah satu dari cerita Mat Jenin yang terkenal mengenai angan-angannya ialah ketika dia diupah oleh seseorang untuk mengambil buah kelapa di atas pokok kelapa. Melalui upah itu, Mat Jenin telah berangan-angan untuk:

1. Menggunakan upah mengambil buah kelapa untuk membeli telur ayam, agar telur itu menetas dan membiak menjadi ayam-ayam yang banyak untuk dijual.
2. Setelah menjual ayam-ayam itu, duit hasil jualannya akan digunakan untuk membeli kambing dan bela hingga beranak-pinak.
3. Beliau akan menjual kambing-kambingnya dan duit hasil jualan akan digunakan untuk membeli lembu, membela sehingga menjadi banyak.
4. Duit hasil jualan lembu-lembunya akan digunakan untuk membeli kerbau dan membelanya sehingga banyak.
5. Duit yang banyak itu akan menjadikannya kaya untuk berkahwin dengan anak raja.

Pada akhir cerita ini, kerana marahkan nyamuk yang mengganggu beliau berangan-angan semasa memanjat pokok kelapa, beliau akhirnya jatuh mati dari atas pokok kelapa. Tapi apa kaitan angan Mat Jenin dengan entri admin kali ini?

Begini, angan-angan Mat Jenin bukan sebarangan. Mungkin dapat dilihat bahawa angan-angannya agak melampau. Tetapi, untuk berjaya, kita perlu mempunyai angan-angan dan disertai dengan usaha, ianya akan menjadi CITA-CITA.

Bayangkan Mat Jenin bermula angan-angannya dengan mengambil upah mengambil buah kelapa dan berperingkat membela ayam, kambing, lembu dan kerbau untuk menjadi kaya. Dalam perniagaan, kita perlu bermula dari kecil dan semakin maju kita akan melangkah untuk menceburi bidang yang lebih besar.

Angan-angan itu tak salah, tapi kalau angan-angan tanpa usaha adalah sia-sia. Tetapi, angan-angan dan disertai dengan usaha ianya akan menjadi CITA-CITA untuk terus berjaya dalam perniagaan. Bagi admin, jadilah seperti Mat Jenin tetapi bukan Mat Jenin seperti dalam cerita di atas, tetapi jadilah Mat Jenin Moden yang mampu merealisasikan CITA-CITAnya.

Angan-angan Mat Jenin bukan sebarangan, tetapi angan-angan yang patut dijadikan inspirasi kepada semua orang untuk berjaya lebih-lebih lagi untuk berjaya dalam perniagaan. Entri ini adalah sebagai sedikit tips dari admin.

Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?


32 Comments


O.. baru jumpa komen. Dulu saya pun skeptikal dgn org yg kuat berangan. Pastu selalu rasa mcm Mat Jenin tu tak bagus. Skrg yang sebenarnya, kalau tak berangan, mcmn nak cipta sesuatu yang baru dan lain daripada yg lain. Nak bisnes perlu jadi different.


waduh berawal dari angan-angan ternyata menjadi kenyataan. sabar juga yak mat jenin..patut dicontoh


berangan dan bertindak slalunya menjadi kenyataan..:-)


yang kertas tu komen...hehehehe.
Dari itu cari..

betul saya sokong!!! Tanpa angan-angan maka tak awan wujud keinginan...


patotla salu orang cakap, alah, angan2 mat jenin la katekaaaaannn..ngehehehe ! =D


Baru aku tau siapa mat jenin tu. Sebelum ni tak penah tau pun siapa dia, dgr nama je. Tapi betul lah, kalau berangan je dan takde usaha,,, apa pun x jadi


Betul2! dari angan2 kita mesti nak realisasikan.So,kita akan usaha yg terbaik. Jadi tak salah kalau nak berangan kan.hehe,
Meh berangan!^^


visit me and happy new year my friend


ana setuju..!semua org berjaya pernah berangan nak berjaya..sebab sebelum dorang berjaya mesti berangan mcm2 dulu..^.^


salam...

LM kuat berangan..menung2 pasti ada je yg nak diangankan..hehe.alhamdulillah ia menjadi kenyataan kini


tanpa angan-angan impian takkan jadi kenyataan.. *ada kena mengena ke??* huhu


untung ler bro jadi mat jenin...


ikut nyimak disini..
di tunggu koment baliknya y..??


Artikelnya bagus... Lanjutkan gan....


betol..!kena berangan lu baru dpt capai kn =)


btol! kita mesti ada cita2 :)


I agree with your blog..For me some people need fantasies in order to succeed.


Ziarah disini sambil baca article bagus..


salam tuan tanah.. jom tukar link kt SINI


angan2 sbnrnya bgus jgk utk jd pmbkr smgt.tp mcm admin ckp, klo tak disertai dgn usha buat ape?nnti buang masa & kreativiti je brgn.


Klo boleh tau abang ini dari negri sebrang ya..

saya dari indonesia salam kenal


setiap angan2 wajib disertai dgn usaha..baru ia akan menjadi kenyataan...kalau tiada usaha,kejayaan tu takkan terjadi..ia akan menjadi fantasi...kisah mat jenin sebenarnya adalah pengajaran bagi kita semua agar kt sentiasa berusaha untuk mendapat apa yang dicitakan..salam ukhwah dari aku. :)


boni: ye, btul 2 boni. itu sebabnya admin keluarkan cerita ini agar ramai ambil pengajaran.

nabil: yea, saya dari malaysia, salam kenal..


pasang cita2,,sekali dengan usaha,,barulah boleh berjaya..;)


kite kena angan2 dlu sblum kte leh capai cite2...tp jgn smpai angan2 buatkn diri jd leka...


ahaa jom berangan... :P


salam admin.

Di dalam kehidupan manusia perlu ada angan2 baru ada cita2. hehe

jom baca:
http://pemudattbc.blogspot.com/2012/04/ptptn-bagaimana-hujah-anda-wahai.html?


nice post bro,.. keep posting ,.. :)

.::Gabby::.<>


betul betul, perlu ada angan angan sebelum melakukan sesuatu n then,kita perlukan sedikit usaha untuk menjadikan angan angan kita itu suatu kenyataan :)


Mkasih nih informasinya gan moga sukses trus gan...


@sariawan: ye, begitu la..;)


@penyebab epilepsi: same2..moga anda juga akan sukses trus..;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.