17

Terkenal Muda Batu Loncatan Berniaga

Posted by Unknown on Thursday, March 22, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa di sini tiada idola? Semua ada kan, ada yang menjadikan artis atau orang ternama sebagai idola. Idola itu sendiri tidak menyangka mereka akan terkenal suatu hari nanti. Mereka juga ada cita-cita lain sekiranya tidak menjadi seorang yang berjaya pada masa kini. Namun, bila mereka sudah terkenal, mereka bijak menggunakan peluang dikenali ramai untuk terus menjamin kejayaan di masa tua dengan berniaga.

Contohnya:
khairul fahmi resources
Antara atlet yang berjaya dengan karier dan bermula dengan
perniagaan beliau
Siapa tak kenal dengan atlet ini, antara hero yang menyerlah pada Piala Szuzuki AFF 2010. Apek atau Khairul Fahmi Che Mat telah pun membuka syarikat pelancongan bersama dengan Rakyat Travel iaitu Khairul Fahmi Resources (KFR). Muda lagi dah mempunyai syarikat dan perniagaan sendiri, inilah contoh terbaik untuk menjamin masa depan.

Tapi mungkin ramai orang akan beranggapan, beliau berasal dari Kelantan jadi memang dia patut ada jiwa berniaga. Oklah, kita lihat contoh lain pula.

lee chong wei sports arena
Lee Chong Wei Sports Arena
Yang ini mesti semua kenal. Pemain badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei (LCW). Walaupun Datuk LCW dalam prestasi yang memberangsangkan, namun ini tidak menghalang beliau untuk memulakan perniagaan. Bangunan ini milik beliau. Hebat kan? Walaupun PM kita, Dato Seri Najib dah umumkan duit pencen Datuk LCW ini RM3,000, kira terjamin la kan, namun bisnes lagi best.

Datuk LCW tak jadi coach bila bersara nanti pun dah kaya sangat. Ini ada contoh seorang lagi.

belacan ezany
Belacan keluaran artis Malaysia, Ezany
Yang terakhir ni admin ambil contoh seorang artis. Pelakon ini agak laku di drama-drama televisyen. Ezany ni ada  kilang kicap dan kilang belacan sendiri. Bagus kan artis ni, sampai dua perniagaan di mulakan terus. Admin pun tak pernah beli lagi produk artis ni namun admin sokong sikap dia ingin berniaga pada zaman di mana ramai pihak media dan peminat kenal beliau. Bonus kan dapat pelanggan dari peminat sendiri. Hehehe..


Inilah contoh-contoh baik yang kita boleh ambil dari orang-orang terkenal. Semasa popular dan dikenali ramai, memangla bayaran dan pendapatan agak lumayan tetapi masa tua dan kurang dikenali nanti bagaimana? Bisnes jugalah yang bukan setakat menampung malah memberi pendapatan hebat bila berjaya.


Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

17 Comments


nak cuba juga berbisnes ni


@beckhrooy: cuba la, kot2 berjaya..;)


bestkan kalau terkenal...buat bisnes cpt je laku he3...


teringin nk buat bisnes tp x tau nk buat bisnes ape


bagus la dia wat bsness xkn nk men bola smpai tua kan ^_^ kne bijak mgatur strategi..cewahhh :P


@eera shera: bleh mulakan dgn minat eera mcm menjahit dan sebagainya..kena fikir betul2..

@shida: btul 2, mse tgh perform ni mmg la bgus..nnt da sakit, xde org nak..huhu


Bunyi macam senang bisnes ni, tapi susahla, kene sabar. Tapi suka baca bila artis dan athlete ni berjaya dalam bisnes, terutama athete. Diorang punya kerjaya sampai umur 35 tahun macam tu je, jadi memang patut dapat duit yang banyak muda-muda ni.

http://palereddot.blogspot.com/


@arham md ali: betul 2, bisnes tak mudah. kne byk sbr. mcm perkara lain, xde yg mudah namun kalau usaha mmg hasil yg bgus. ye, tgk dorg berjaya leh jadi semangat untuk kita orang biasa juga. ;)


Yang belacan tu cayalah..sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)


Rietta xpndai niaga...marketing failed...


@rietta: marketing bleh blaja tau, kne sabar je..;)


Yanhg penting rajin dan usaha..usaha...dan modal..hehehehe


@hanif: betul 2 hanif, usaha n modal 2 dua2 bnde penting..;)


idola sy albukhary je..

sy dh cube bznes..mg berjaya,janji hati mau sabar, kering pon ada, niat pon ikhlas insyaallah berjaya :)

jom lepak2 sy nyer salun rambut :)


@harith iskandar: bgusla, itu yg kita mahu..bleh je, salun 2 kt mne?


diaorg nampak dan guna peluang yg ada sebaiknya utk masa depan....sementara org kenal ni la nak kenalkan produk dioarg secara umum....


@aishah jahirah: betul tu aishah, dorang tau guna peluang dan masa yang yang betul untuk berniaga.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.