25

Premis Perniagaan Pilihan #3

Posted by Ridhwan Othman on Wednesday, March 28, 2012 in

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama admin tak masuk topik premis perniagaan pilihan. Admin nak tunjukkan premis perniagaan yang pernah admin pergi dan nak kongsikan dengan anda semua.

The Cabin, Taman Melawati

Nampak cantik tak tempat ni? Tempat ni simple saja admin rasa. First time admin pergi tempat begini. Nama tempat ini dinamakan The Cabin. Tempat ni konsepnya simple. Menurut tuan punya kedai, kedai ini diubah suai daripada cabin yang sangat buruk dan dibeli murah. Kedai ni dibuat kelainan dengan ditambah tingkat atas untuk pelanggan yang inginkan pemandangan dari atas kedai. Ruang memasak ditempatkan di bahagian bawah. Nice concept!

Itu mengenai konsep kedai. Beralih pula pada bahagian makanan. Kebanyakan makanan disini admin nak cakapkan sedap sangat! Western menu adalah majoriti kat sini. Antara menu kat sini ialah:
- Burger (Homemade patties)
- Rosty (shredded potatoes)
- Frankfurter, pilihan pasta
- Chicken chop
- 6 pilihan roti bakar
- Nasi lemak Ayam

Kebanyakan makanan kat sini semua admin dah rasa. Ini gambar homemade patties yang admin dah makan.



Premis ni buka dari Selasa hingga Ahad, jam 5.30 hingga 2 pagi. Antara tarikan premis ni lagi, ramai juga artis permah makan kat sini. Mungkin kerana kawasan ni di kawasan yang cantik, jadi tarikan mereka la rasanya. Artis yang pernah datang sini ialah Fahrin Ahmad, Adam C. dan ramai lagi. Nak tengok gambar mereka, lihat di fanpage The Cabin. Oh ye, Tiz Zakyah pernah shooting di sini untuk pengetahuan semua.

Baiklah, jika sesiapa ingin makan makanan Western di tempat yang berlainan rupa sambil menikmati angin malam, ada pula rezeki nak jumpa artis kat sini, sila lah rasai kelainan di:
The Cabins, Jalan Bandar 11,
Taman Melawati (Pejabat Ahli Parlimen Gombak)
(landmarks: Blakang Calypso, Malaysian Institute of Art (MIA), Sakura Kristal)

p/s: Teringin makan homemade patties lagi yang sangat sedap.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

13

Wordless Wednesday #6

Posted by Ridhwan Othman on Tuesday, March 27, 2012 in
Assalamulaikum dan salam sejahtera..

kelantan fried chicken



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

17

Terkenal Muda Batu Loncatan Berniaga

Posted by Ridhwan Othman on Thursday, March 22, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa di sini tiada idola? Semua ada kan, ada yang menjadikan artis atau orang ternama sebagai idola. Idola itu sendiri tidak menyangka mereka akan terkenal suatu hari nanti. Mereka juga ada cita-cita lain sekiranya tidak menjadi seorang yang berjaya pada masa kini. Namun, bila mereka sudah terkenal, mereka bijak menggunakan peluang dikenali ramai untuk terus menjamin kejayaan di masa tua dengan berniaga.

Contohnya:
khairul fahmi resources
Antara atlet yang berjaya dengan karier dan bermula dengan
perniagaan beliau
Siapa tak kenal dengan atlet ini, antara hero yang menyerlah pada Piala Szuzuki AFF 2010. Apek atau Khairul Fahmi Che Mat telah pun membuka syarikat pelancongan bersama dengan Rakyat Travel iaitu Khairul Fahmi Resources (KFR). Muda lagi dah mempunyai syarikat dan perniagaan sendiri, inilah contoh terbaik untuk menjamin masa depan.

Tapi mungkin ramai orang akan beranggapan, beliau berasal dari Kelantan jadi memang dia patut ada jiwa berniaga. Oklah, kita lihat contoh lain pula.

lee chong wei sports arena
Lee Chong Wei Sports Arena
Yang ini mesti semua kenal. Pemain badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei (LCW). Walaupun Datuk LCW dalam prestasi yang memberangsangkan, namun ini tidak menghalang beliau untuk memulakan perniagaan. Bangunan ini milik beliau. Hebat kan? Walaupun PM kita, Dato Seri Najib dah umumkan duit pencen Datuk LCW ini RM3,000, kira terjamin la kan, namun bisnes lagi best.

Datuk LCW tak jadi coach bila bersara nanti pun dah kaya sangat. Ini ada contoh seorang lagi.

belacan ezany
Belacan keluaran artis Malaysia, Ezany
Yang terakhir ni admin ambil contoh seorang artis. Pelakon ini agak laku di drama-drama televisyen. Ezany ni ada  kilang kicap dan kilang belacan sendiri. Bagus kan artis ni, sampai dua perniagaan di mulakan terus. Admin pun tak pernah beli lagi produk artis ni namun admin sokong sikap dia ingin berniaga pada zaman di mana ramai pihak media dan peminat kenal beliau. Bonus kan dapat pelanggan dari peminat sendiri. Hehehe..


Inilah contoh-contoh baik yang kita boleh ambil dari orang-orang terkenal. Semasa popular dan dikenali ramai, memangla bayaran dan pendapatan agak lumayan tetapi masa tua dan kurang dikenali nanti bagaimana? Bisnes jugalah yang bukan setakat menampung malah memberi pendapatan hebat bila berjaya.


Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

3

Wordless Wednesday #5

Posted by Ridhwan Othman on Tuesday, March 20, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tradisi Wordless Wednesday diteruskan lagi pada hari ni. Sebagai pengguna, kita berhak mendapat yang terbaik tetapi adakah kita selalu merujuk kepada perkara yang betul terutamanya seorang Muslim? Adakah anda merujuk perkara seperti gambar di bawah?

logo halal


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

5

Kecil atau Besar, Sistem Penting!

Posted by Ridhwan Othman on Thursday, March 15, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin dah lama tak menulis mengenai tips perniagaan, asyik dengan gambar saja. Minta maaf semua sebab admin sangat sibuk kebelakangan ini. Diharap anda semua masih terus setia dengan blog ini. Kali ini admin nak menulis mengenai sistem dalam perniagaan? Tahu tak, sistem ni boleh dirangkumkan atau sama saja dengan pengurusan, perancangan, pelan dan lain-lain lagi.

sistem dalam perniagaan
Sistem yang penting menjaminkan kejayaan
sesuatu perniagaan

Admin nak tekankan disini bahawa sistem dalam perniagaan adalah sangat penting! Kenapa admin cakap begitu? Sebab kalau perancangan berterabur atau tidak tersusun, masa nak audit mahupun masa yang tidak diduga, perjalanan perniagaan itu akan terjejas. 

Bisnes kecil pun perlu ada sistem ke? Bagaimana tu?

Mengenai kecil atau besar, perniagaan kecil atau besar perlu ada sistem. Contohnya, jika kita mahu bermula menjual nasi lemak di tepi jalan, kita perlu merangka modal untuk membuat kuih-muih, jumlah jualan sehari dan keuntungan yang kita  perolehi. Semua ini perlu dicatit. Tak perlu pakai komputer pun, dalam buku nota yang kita rangka sendiri pun boleh digunakan asalkan semua transaksi dicatit.

Itu mengenai perniagaan kecil, perniagaan atau syarikat besar bagaimana? Sistem mereka sangat bagus ke? Tidak juga. Admin pernah bekerja di beberapa tempat dan ternyata ada juga sistem mereka yang tidak terjaga. Data-data mereka tidak tersusun. Bahananya, saat-saat akhir baru hendak disiapkan.

Sebenarnya tidak susah pun untuk memastikan sistem, perancangan mahupun pelan dalam perniagaan yang kita jalankan sentiasa berjalan lancar. Kita cuma perlu jangan tinggalkan perkara ini walau SEHARI pun kerana bila lupa mengenai perkara ini walau sehari, sedikit sebanyak sisitem dalam perniagaan kita akan terjejas.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

18

Wordless Wednesday #4

Posted by Ridhwan Othman on Tuesday, March 13, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin meneruskan lagi tradisi Wordless Wednesday dengan mengenang kembali isu lama dalam gambar di bawah. Ingat tak lagi isu ini?


P/S: Dalam berniaga, nak kreatif pun kenalah fikir hukum hakam dan prospek pelanggan kita nanti. Yang ni confirm HARAM.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

19

Wordless Wednesday #3

Posted by Ridhwan Othman on Tuesday, March 06, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin kembali meneruskan tradisi Wordless Wednesday. Maafla admin dah lama tak update blog sebab sibuk yang teramat sebelum ini. Walau bagaimanapun, admin akan cuba update selalu selepas ini untuk para pembaca blog admin.

Untuk kali ini, mari kita lihat gambar di bawah, antara dua menu ini yang mana paling banyak laku, terjual, dan popular di kalangan rakyat Malaysia?


teh tarik vs nasi lemak
Piihan admin adalah teh tarik! Nasi lemak nombor 2.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.