17

Had Hutang di Tahap Melegakan

Posted by Unknown on Wednesday, May 09, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Para pembaca mesti pernah membaca entri admin sebelum ini pada bulan Februari mengenai Hutang dan Graduan yang menceritakan had muflis untuk seseorang itu adalah RM30,000 dan keadaan ini adalah amat bahaya untuk graduan kerana rata-rata graduan menghadapi hutang pinjaman pengajian melebihi jumlah yang ditetapkan itu. Ingat tak entri tersebut?

muflis, bankrupt
Bankrupt atau muflis menjadi igauan ngeri setiap orang
Namun pada hari ini, admin nak betulkan kembali mengenai had muflis yang kerajaan akan gubal dari had muflis dari RM30,000 kepada RM50,000. Admin lihat dari situasi ini adalah sangat-sangat baik kerana dunia sekarang sangat sudah menjadi lumrah bahawa hutang yag dibebani ramai orang dalah sangat tinggi dan jika tidak dipantau, ramai yang akan diisytihar muflis pada masa muda.

Mungkin bagi sesetangah orang, ini tidak penting atau remeh temeh namun setiap hari ada sahaja orang yang diisytihar muflis di Malaysia ini. Jika tidak percaya, boleh dapatkan maklumat di Jabatan Insolvensi Malaysia.

Mengenai maklumat ini, para pembaca boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Utusan Malaysia pada hari ini juga.


p/s: Berita ini dah bagus, namun jangan gunakan kesempatan ini untuk tambah hutang pula.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

17 Comments


Rasanya kat dunia skrg ni susah nak jumpa org yang x berhutang.. Beli kete, beli rumah, sume hutang, kdg2 beli barang2 rumah pun hutang (^^,)


Sangat Menarik...teruslah posting dengan artikel yang baru OK..peace


@miss yana: betul tu, semua benda akan berhutang..jadi wajarlah jabatan insolvensi naikkan had muflis tu..;)


@satria: terima kasih satria..;)


risau juga dgr...alhamdulillah....setakat nie x berhutang lg...tp risau untuk masa2 hadapan..


hutang?? huhu...ada lom slesai lma lgi huhuuu..


@tulip: baguslah kalau tak berhutang..kalau boleh elakkan tau..;)


@shida: selesaikan cepat kalau boleh..;)


tapi kalu dah terpaksa???


kalau boleh taknak berhutang.. tapi apekan dayaaa..


@tulip: terpaksa memangla tulip tapi kalau boleh jangan banyak2 ye..;)

@sya syazana: admin faham tu, sama juga dengan admin..;)


hye admin...


kalau boleh nak elak dari berhutang.... nak buat cam mana dah terpaksa.... Yg penting setiap mesti dijelaskan... :) nice entry


@Wanzi: betul, setiap hutang perlu dijelaskan..thnks sbb bagi pandangan, teruskan menyokong..;)


kalau zaman nabi,nabi takakan sembahyangkan mayat tu jika dia masih berhutang,sebab itulah baitul mal diwujudkan


betul...zaman sekarang semua kena berhutang....belum kerja dah start berhutang..Hutang belajar..heheheheh.


sedar atar tak...memang banyak benda yang kita berhutang kan


@onlajer: wah, info yang berguna untuk sesiapa yang membaca. thanks a alot onlajer..;)

@hanif: anda sebagai pengomen setia di sini. betul tu, memang banyak hutang..ribu-ribu lak 2..;)

@puteri kasih: betul la puteri. tak ada siapa lak nak tolong bayarkan tu..hehehe..;)


hutang membuatkan kita rasa hina siang dan malam, buat yg kita mampu sahaja.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.