Had Hutang di Tahap Melegakan
Para pembaca mesti pernah membaca entri admin sebelum ini pada bulan Februari mengenai Hutang dan Graduan yang menceritakan had muflis untuk seseorang itu adalah RM30,000 dan keadaan ini adalah amat bahaya untuk graduan kerana rata-rata graduan menghadapi hutang pinjaman pengajian melebihi jumlah yang ditetapkan itu. Ingat tak entri tersebut?
Bankrupt atau muflis menjadi igauan ngeri setiap orang |
Mungkin bagi sesetangah orang, ini tidak penting atau remeh temeh namun setiap hari ada sahaja orang yang diisytihar muflis di Malaysia ini. Jika tidak percaya, boleh dapatkan maklumat di Jabatan Insolvensi Malaysia.
Mengenai maklumat ini, para pembaca boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Utusan Malaysia pada hari ini juga.
p/s: Berita ini dah bagus, namun jangan gunakan kesempatan ini untuk tambah hutang pula.
Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?