12

Apakah itu Pelaris Perniagaan? Haram? Syirik?

Posted by Unknown on Thursday, May 24, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Adat dunia mahupun perniagaan, kadangkala turun dan kadangkala naik. Lumrah manusia, bukan semua mampu menahan  dugaan sekiranya perniagaan mereka merudum. Disebabkan itulah mereka ada memikirkan ikhtiar untuk mencari pelaris. Namun mereka kurang pengetahuan mengenai perkara ini sama ada ia halal disisi syarak atau pun syirik.

mohon doa-sihir
Mohon doa dari Allah S.W.T adalah cara terbaik untuk
setiap masalah dan dugaan
Banyak kejadian, kes dan ada di antara kita mesti pernah dengar mengenai perniagaan seseorang diletakkan tangkal di atas lampu premis perniagaan tersebut, dibalingkan pasir, tertanam syiling dan mantera berdekatan sehingga pelanggan berasa benci dan tidak nampak akan kedai tersebut. Ini adalah sebahagian daripada pelaris perniagaan yang merupakan sihir terlaknat oleh Allah.

Namun ada ke tak sebenarnya pelaris perniagaan yang halal, dari ayat Al-Quran? Ada sebenarnya. Islam ini banyak indahnya. Namun untuk mencari ayat yang bagus, kena bertanya orang yang sepatutnya iaitu ustaz-ustaz bertauliah, tuan guru dan ahli ulama'. Namun, admin boleh kongsikan bagaimana untuk mengelakkan sihir yang akan dihantar orang dan sebagai pelindung diri di hari-hari akan datang.


Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat (iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النس )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali :"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود)
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


Semoga apa yang admin kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda terhindar dari pelaris perniagaan yang berunsurkan sihir dan menguatkan keyakinan anda bahawa Allah S.W.T membantu mereka yang sentiasa di jalan-Nya.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?


12 Comments


zaman moden ni...makin ramai pulak yg terpesong guna pelaris untuk perniagaan...sepatutnya bersaing secara sihat.


@aishah jahirah: bila keuntungan jadi matlamat utama, akal fikiran tidak lagi digunakan..;)


bila terbiasa mkn bnda2 hram, pasti bnda2 x elok jadi pilihan setiap kali ingin myelesaikan masalah...


@caliph shuriken: begitu ke? susah juga kalau betul benda camtu menyebabkan kita slh buat pilihan..


artikel yang menarik untuk dibaca , Nice post :D


@enonovan44: terima kasih sahabat..;)


perkongsian yg amat baik


mmg cepat kayo..tp azab sampai bila2..Allahu yusaa'iduna


@razif: terima kasih..;)


@cikgu jaja: betul tu, sepatutnya semua ke jalan yang halal..;)


@zana: thanks zana..;)


Salam En Ridhwan. Sy nk mtk izin copy bacaan dan doa ni utk amalan dan perkongsian..


Silakan Faten..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.