12

Apakah itu Pelaris Perniagaan? Haram? Syirik?

Posted by Unknown on Thursday, May 24, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Adat dunia mahupun perniagaan, kadangkala turun dan kadangkala naik. Lumrah manusia, bukan semua mampu menahan  dugaan sekiranya perniagaan mereka merudum. Disebabkan itulah mereka ada memikirkan ikhtiar untuk mencari pelaris. Namun mereka kurang pengetahuan mengenai perkara ini sama ada ia halal disisi syarak atau pun syirik.

mohon doa-sihir
Mohon doa dari Allah S.W.T adalah cara terbaik untuk
setiap masalah dan dugaan
Banyak kejadian, kes dan ada di antara kita mesti pernah dengar mengenai perniagaan seseorang diletakkan tangkal di atas lampu premis perniagaan tersebut, dibalingkan pasir, tertanam syiling dan mantera berdekatan sehingga pelanggan berasa benci dan tidak nampak akan kedai tersebut. Ini adalah sebahagian daripada pelaris perniagaan yang merupakan sihir terlaknat oleh Allah.

Namun ada ke tak sebenarnya pelaris perniagaan yang halal, dari ayat Al-Quran? Ada sebenarnya. Islam ini banyak indahnya. Namun untuk mencari ayat yang bagus, kena bertanya orang yang sepatutnya iaitu ustaz-ustaz bertauliah, tuan guru dan ahli ulama'. Namun, admin boleh kongsikan bagaimana untuk mengelakkan sihir yang akan dihantar orang dan sebagai pelindung diri di hari-hari akan datang.


Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat (iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النس )
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali :"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود)
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )


Semoga apa yang admin kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu anda terhindar dari pelaris perniagaan yang berunsurkan sihir dan menguatkan keyakinan anda bahawa Allah S.W.T membantu mereka yang sentiasa di jalan-Nya.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?


5

Kenapa Berniaga Restoran/Gerai Makanan?

Posted by Unknown on Tuesday, May 22, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin lama tak post, macam bersawang pun ada tapi admin on je selalu. Maklumlah, niche bisnes macam blog admin ni bukan hari-hari ada cerita baru macam cerita artis, lagipun admin hanya nak bagi yang berkualiti sahaja kepada pembaca.

Baiklah, hari ini admin nak kongsi mengenai tajuk kat atas, mengapa ramai yang berniaga berasaskan makanan. Pernah tak kita terfikir kenapa? Dulu admin selalu fikir mengapa ramai sangat berniaga jual makanan ni, bagus sangat ke? Kadang-kadang pergi satu tempat makan tu tak sedap pun tapi boleh jalan juga perniagaannya.

restoran
Sekadar gambar hiasan restoran


Baiklah, di sini admin nak kongsikan apa yang bestnya buka perniagaan berasaskan makanan ni tapi ini berdasarkan pandangan admin tau. Yang bestnya buka perniagaan makanan ni adalah:

1. Mengikut kajian semasa, perniagaan yang tak akan putus atau mati ialah bisnes makanan atau hiburan sebab hari-hari orang akan makan, sehari paling kurang 2 kali, hiburan sepanjang masa. Kalau jual baju, ada orang yang sama nak beli hari-hari? Orang kaya pun tak buat macam tu (contoh sahaja).

2. Peratus keuntungan jualan perniagaan makanan ni adalah dari 50 peratus sehingga ke 100 peratus! Serius! Ini berdasarkan pertanyaan admin pada peniaga lama dan baru. Patutla ramai nak buka kedai makanan, cepat masyuk.

3. Ada orang cakap berniaga jual makanan ni kena ada modal besar, ada juga yang kata tidak tapi bergantung kepada kemampuan individu. Tapi biasanya orang yang buka gerai/restoran makanan ni ada bajet, jadi mereka bolehlah buka.

Itu antara yang best buka perniagaan makanan ni. Bahagian yang tak bestnya ialah::

1. Sekurang-kurangnya nak buka gerai/restoran makanan ni, owner atau pemiliknya mesti kena pandai masak, kalau tidak memang susah tahan lama. Mengapa admin cakap begini? Sebab kalau bergantung kepada tukang masak yang bukan family/saudara la katakan, tapi owner tak pandai masak, sekali tukang masak berhenti kerja atau cuti, tak akan nak tutup kedai? Banyak kes begini sudah berlaku tau.

2. Kualiti kena jaga la. Sekali masakan dah kotor atau tak berkualiti, tak sedap, memang orang tak akan datang dah. ISO kena ada tau!

3. Nak berniaga makanan ni kena konsisten, jangan kejap buka kejap tutup. Orang jauh datang nak makan tiba-tiba tutup, kan mengundang amarah pada pelanggan baru dan lama

Itu antara best dan tak best bila buka perniagaan berasaskan makanan ni. Ini pandangan admin sahaja lepas banyak memerhati dan bertanya. Mungkin para pembaca ada pandangan lain selain yang admin berikan di sini.


Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

17

Had Hutang di Tahap Melegakan

Posted by Unknown on Wednesday, May 09, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Para pembaca mesti pernah membaca entri admin sebelum ini pada bulan Februari mengenai Hutang dan Graduan yang menceritakan had muflis untuk seseorang itu adalah RM30,000 dan keadaan ini adalah amat bahaya untuk graduan kerana rata-rata graduan menghadapi hutang pinjaman pengajian melebihi jumlah yang ditetapkan itu. Ingat tak entri tersebut?

muflis, bankrupt
Bankrupt atau muflis menjadi igauan ngeri setiap orang
Namun pada hari ini, admin nak betulkan kembali mengenai had muflis yang kerajaan akan gubal dari had muflis dari RM30,000 kepada RM50,000. Admin lihat dari situasi ini adalah sangat-sangat baik kerana dunia sekarang sangat sudah menjadi lumrah bahawa hutang yag dibebani ramai orang dalah sangat tinggi dan jika tidak dipantau, ramai yang akan diisytihar muflis pada masa muda.

Mungkin bagi sesetangah orang, ini tidak penting atau remeh temeh namun setiap hari ada sahaja orang yang diisytihar muflis di Malaysia ini. Jika tidak percaya, boleh dapatkan maklumat di Jabatan Insolvensi Malaysia.

Mengenai maklumat ini, para pembaca boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Utusan Malaysia pada hari ini juga.


p/s: Berita ini dah bagus, namun jangan gunakan kesempatan ini untuk tambah hutang pula.



Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

8

Wordless Wednesday #9

Posted by Unknown on Tuesday, May 01, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

team work, mistake work




Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.