13

Wordless Wednesday #2

Posted by Unknown on Tuesday, January 31, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Admin meneruskan tradisi Wordless Wednesday ni.

teknik pemasaran hebat


16

Premis Perniagaan Pilihan #2

Posted by Unknown on Sunday, January 29, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Dah lama admin tak masuk mengenai kategori ini kan. Maklumlah, bukan senang nak kategorikan kedai-kedai yang kecil sebagai kedai yang bagus di mata pelanggan itu sendiri kan. Premis perniagaan pilihan kali ini admin dapat dari minggu lepas lagi tapi sayang sebab admin baru je perasan dan pergi walaupun kedai ni dah lama ada.

belanja murah
Semestinya kriteria utama setiap individu untuk berbelanja

Mula-mula sekali apa kriteria utama bila kita pergi ke kedai makan? Bagi admin mestilah MURAH dan SEDAP. Kalau MURAH je tapi tak SEDAP, tak guna jugak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu, admin dah pergi ke kedai ini minggu lepas dan berpuas hati dengan premis perniagaan ini.

kedai murah promosi bajet
Premis pilihan admin kali ni, MURAH!
Inilah premis perniagaan pilihan yang admin pergi hari tu. Konsep kedai ni moden, tak adalah kolot pun. Yang penting sekali adalah ada PROMOSI BAJET untuk yang hendak menu yang murah, memang MURAH sangat-sangat untuk yang dah biasa makan kat kedai. TAK PERCAYA? Mari admin tunjukkan apa yang murah tu.

Sarapan pagi: (SET)
Mee/Bee Hoon Goreng / Kuey Teow Goreng + Kopi O/Teh O = RM1.00

Makan Tengah Hari: (SET)
Nasi Putih
Ayam Masak Merah / Kari / Kicap
Sayur Kobis + Taugeh Goreng
Cordial Sirap / Oren   = RM2.50

Makan Petang (Ala Carte):
Nasi Ayam Roasted + Air Cordial  = RM2.50
Nasi Goreng Daging Merah + Air Cordial  = RM2.50


Murah kan? Admin dah rasa masakan kat sini. SEDAP! Ingatkan murah ni masakan tawar atau masak biasa-biasa tapi memang best! Oh, ni untuk yang makan set BAJET je tau. Premis ni pun ada sediakan lauk lain dan menu lain yang admin tengok menyelerakan juga. Lupa nak bagitahu, premis perniagaan pilihan admin kali ni terletak di Dungun yang makin pesat membangun.

Admin rasa premis perniagaan kali ni faham akan situasi keperluan orang ramai kerana biasanya makan tengah hari di kedai memakan bajet RM6.00 paling minimum tetapi premis ni menawarkan menu semurah RM1.00 dan RM2.50. Premis ni berani menetapkan harga murah, dan tidak membebankan mereka untuk menarik pelanggan berkunjung ke premis mereka.

Selain itu, premis ni mengekalkan rasa makanan. Ramai pelanggan berkunjung ke premis mereka kerana MURAH. Jadi admin boleh katakan ini adalah WIN-WIN situation. Pelanggan puas hati, premis pula dapat tarik ramai pelanggan. Bagi premis lain, jika dapat buat seperti mana premis ini lakukan, rasanya mereka tak akan masak kat rumah dah untuk jimatkan bajet. (hehehe)


Itu sahaja entri admin kali ini. Nasihat admin kat premis perniagaan ni, keep it up! Konsep anda memang membntu ramai orang. Anda rasa bagaimana dengan premis sebegini?

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

17

Fanpage "Pendapat Niaga"

Posted by Unknown on Friday, January 27, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin baru dapat online untuk hari ini memandangkan admin dah berubah tempat, jadi kemudahan internet payah sikit di sini. Walau bagaimanapun, admin tak akan berhenti blogging, nanti orang cakap macam hangat-hangat tahi ayam saja. hehehe..

Untuk entri kali ni admin nak bagitahu mengenai fanpage blog admin ni saja, minta para pembaca boleh la lawat, LIKE dan bersantai di sini. Ajukan soalan dan cadangan yang bernas jika ada. Admin sangat mengalu-alukan para penge"LIKE" yang aktif, baru fanpage meriah, betul tak? (Idea dapat dari mira) hehehe..

JANGAN LUPA "LIKE" FANPAGE DI SINI

fanpage pendapatniaga

Admin harap sokongan semua pembaca blog admin ini untuk terus menyokong admin dalam berblogging. Semua orang ada matlamat tersendiri dalam berblogging ni dan matlamat admin adalah untuk berkongsi apa yang admin tahu dan rasa mengenai perniagaan. Terima kasih.. :)

Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?



6

Gagal Semasa Muda, Bahagia Semasa Tua

Posted by Unknown on Thursday, January 19, 2012 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa yang admin nak katakan mengenai entri kali ni? Pasal tua muda lak tu. Walau bagaimanapun entri admin, ia mesti berkenaan dengan perniagaan sebab nama blog pun pendapatniaga kan. Admin akan tetapkan niche begitu dan insyaAllah tak akan ubah kerana admin minat.

Baiklah, admin nak menceritakan mengenai tips dalam memupuk minat untuk berniaga atau melakukan apa-apa sahaja yang berada di luar kemampuan kita. Biasanya kita takut untuk melakukan sesuatu yang kita tidak tahu kerana takut akan kegagalan. Semua orang merasakn perkara yang sama.
gagal perniagaan
Gagal bermakna anda berjaya mencuba.
Dalam perniagaan, masa muda atau golongan belia inilah masa terbaik untuk menceburi bidang ini. Kerana apa? Kerana masa inilah seseorang itu ada masa untuk bangkit kembali untuk berjaya pada masa hadapan. Gagal bermakna anda sudah berjaya mencuba sesuatu yang anda tak pernah lakukan dan semestinya anda tidak akan mengulanginya lagi untuk berjaya.

Bayangkan anda hendak mula berniaga pada unur lewat 50-an, modal dikeluarkan dan perniagaan bermula. Malangnya perniagaan itu tidak berjaya. Seseorang yang berada dalam keadaan ini agak susah untuk bangkit kembali kerana masalah umur dan modal.

 Perkara ini akan berbeza jika seorang yang muda gagal dalam perniagaan, dia akan mencuba lagi pada masa hadapan kerana perjalanan hidupnya masih jauh. Mengenai memulakan perniagaan masa kecil, siapa tak kenal orang terkaya di dunia iaitu WARREN BUFFET? Ini gambar beliau.

warren buffet
WARREN BUFFET:
Manusia terkaya dan paling pemurah di dunia.
Admin terbaca mengenai kisah beliau bahawa beliau semasa umur 6 tahun lagi sudah menjual Coke dengan harga 25sen setiap botol dan berkembang mengambil upah menghantar surat khabar, membeli 2 tanah pertanian dengan hasil upah hantar surat khabar. Pada umur 11 tahun beliau membeli saham dan menyatakan beliau MENYESAL kerana tak bermula lebih awal.

MENYESAL SEBAB TAK BERMULA LEBIH AWAL?? Bila admin baca, admin rasa umur beliau masa tu muda lagi tapi beliau dah rasa rugi sebab tak bermula awal. Jika beliau merasakan umur sebegitu sudah rugi, mengapa tidak kita? Mengapa umur kita sebagai belia yang mempunyai akal yang cerdik tidak memulakan perniagaan walau secara kecil-kecilan?

Tiada sesiapa yang mahu gagal ketika melakukan sesuatu tetapi kegagalan itu berlaku pada semua orang. Cuma bagaimana dan bila kita akan gagal, itu yang kita tidak tahu. Yang pasti, jika gagal semasa muda, akan mempunyai banyak masa untuk kembali berjuang untuk berjaya pada masa hadapan.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

20

Ulang Bulan Yang Pertama

Posted by Unknown on Tuesday, January 17, 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni genap la sebulan admin menyambut ulang bulan memulakan part timer sebagai blogger (kecoh admin ni, bukan setahun pun). Mungkin bagi sesetengah orang itu tidak bermakna tapi bagi admin, tempoh sebulan itu admin mula belajar mengenai dunia blogging dan banyak pihak yang membantu dalam pelbagai aspek.
ulang bulan pendapatniaga
Ulang bulan pertama admin sebagai blogger
Admin hargai ada pihak yang menghargai pendapat admin dalam entri-entri admin di blog ini. Ada yang bertanya secara private melalui emel dan ada yang menyokong melalui komen. Admin harap semua blogger dan pembaca boleh terus memberi sokongan untuk admin terus berada dalam dunia blogging bersama blogger-blogger lain.

Admin suka untuk menerima segala idea atau pendapat untuk admin jadikan sebagai entri dalam blog pendapatniaga ni. Minat orang berbeza jadi mana-mana idea yang admin rasakan sesuai dan admin boleh ulas@ bagi pendapat, admin akan ambil dan akan kreditkan kepada pemberi idea tersebut. Best kan camni? Backlink free pun dapat kan kalau terpilih.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang menyokong blog ini dan admin berusaha untuk memberi entri yang berguna dan memberi manfaat kepada semua. Terima kasih daun keladi..

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

31

Psikologi Perniagaan - Iklan "Indah Khabar"

Posted by Unknown on Saturday, January 14, 2012 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Admin kembali dengan psikologi dalam perniagaan. Bila ingat balik nak buat entri baru ni, admin ada teringat mengenai satu iklan yang sampai sekarang admin terasa "terkena" dengan iklan tu dan geram juga. Rasanya semua orang pernah makan di satu restoran franchise ni, memang terkenal iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC).
kfc shrimp stix tricks marketing
Iklan KFC yang paling admin ingati sampai sekarang
Siapa ingat mengenai iklan KFC yang ini? Inilah menu KFC Shrimp Stix yang nampak menggiurkan pelanggan, admin pun rasa berselera sebelum pergi ke KFC untuk menikmati hidangan ni. Tengoklah gambar di atas, Shrimp Stix lagi besar dari ayam, mana admin tak tergoda! Sekali admin pergi beli, alahai. "Indah Khabar dari Rupa". Memang kecil sangat, geram pun ada. Baru gigit je dah habis, tak terasa sangat pun udang dalam tu.

Inilah strategi yang digunakan oleh kuasa-kuasa besar perniagaan untuk memajukan perniagaan. Bukan KFC saja, ada lagi yang buat iklan yang gempak! begini tetapi bila makan, memang tak berbaloi. Tetapi kuasa perniagaan ini tahu, mereka tiada pengganti lagi di Malaysia ini, jadi mereka merasakan iklan begini untuk menarik pelanggan tak salah.

Nasihat admin, sekiranya kita yang hendak memulakan perniagaan, jika membuat iklan atau poster, janganlah membuat iklan yang boleh memberi salah anggap kepada pelanggan atau "indah khabar dari rupa". Pelanggan akan merasa give up dan tidak akan berkunjung ke perniagaan kita sekiranya kita melakukan iklan sebegini.

Admin juga berharap kuasa-kuasa besar perniagaan tidak membuat marketing yang salah seperti iklan di atas ini. Admin masih ke KFC tapi hanya untuk menu yang admin biasa makan, Dinner Plate atau Snack Plate kerana masih berbaloi. Selain itu, admin tidak akan mencuba menu baru kerana takut terkena seperti Shrimp Stix ni.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

10

Wordless Wednesday #1

Posted by Unknown on Wednesday, January 11, 2012 in
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini merupakan first segmen Wordless Wednesday bagi blog ini..

rancangan perniagaan


16

Perlunya Pelan "B" Dalam Perniagaan

Posted by Unknown on Sunday, January 08, 2012 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak ceritakan satu tips perniagaan yang lain iaitu perlunya pelan "B" dalam perniagaan kita. Apakah itu pelan "B"? Kena berniaga benda lain ke? Itu yang akan admin kupas dalam entri kali ini.
fikir masa depan
Selalu fikirkan pelan masa hadapan
dalam perniagaan kita
Pelan "B" yang admin maksudkan ialah perlunya kita memikirkan pelan perniagaan kita pada masa hadapan sekiranya berlaku apa-apa musibah, contohnya perniagaan kita mendapat bencana seperti dirompak, bencana alam, roboh tiba-tiba dan sebagainya. Pelan perniagaan pada masa hadapan ini perlu kerana sekiranya berlaku apa-apa pada perniagaan kita, mungkin kita tidak dapat meneruskan perniagaan kesayangan kita.

Pelan perniagaan masa depan kita mungkin untuk membesarkan perniagaan kita, itu juga dikira pelan"B". Merancang untuk berniaga ke tempat lain sekiranya tempat yang disewa dikehendaki tuan tanah, boleh juga dikira pelan "B". Sekiranya kita mampu untuk merancang lebih dari satu pelan, teruskan sahaja kerana ini akan membantu perniagaan anda di masa hadapan.

Anda semua sedar mengenai bencana di Dungun, Terengganu di mana ada jalan tepi pantai yang runtuh bukan? Kalau ada yang tak tahu, boleh lawat di Youtube atau cari guna pakcik Google untuk tahu lebih lanjut. Di sini, admin sertakan bencana alam yang berlaku di Dungun, dan ada cerita di sebaliknya yang ramai tak sedar.
jalan runtuh dungun

jalan runtuh dungun
Jalan runtuh di Dungun akibat ombak laut
yang sangat kuat.
Semua nampak kan betapa teruk jalan di tepi pantai tu? Mengenai jalan runtuh ni, kasihan kepada pengguna kerana setiap petang ramai akan menggunakan jalan ini untuk bersiar-siar mengambil angin pantai pada waktu petang.

Di satu sudut, admin tertanya-tanya bagaimana dengan nasib peniaga-peniaga kecil di tepi jalan akibat bencana alam ini. Adakah mereka mampu untuk bertahan apabila perniagaan mereka terpaksa di tutup selagi jalan tidak diperbaiki? Itu sebabnya admin mengeluarkan entri begini, Gambar di bawah menunjukkan premis perniagaan yang terpaksa tutup kerana tiada pelanggan yang datang ke kedai.

premis perniagaan dungun

premis perniagaan dungun
Antara premis perniagaan yang tutup akibat bencana alam.
Premis perniagaan di atas terpaksa ditutup oleh peniaga-peniaga kecil akibat bencana alam. Mereka terpaksa menanggung kerugian kerana perniagaan tidak dapat dijalankan. Sebelum ini, kedai-kedai ini sering dikunjungi pelanggan dan penuh dengan pelawat tempatan dan luar negara. Admin anggarkan premis ini akan ditutup dalam waktu yang agak lama kerana Majlis Perbandaran masih tidak membuat pembersihan dan pembaikian jalan untuk membantu peniaga-peniaga di sini.
kayu balak di jalan
Pembersihan masih tidak dilakukan oleh badan berwajib.
Bayangkan lah kalau ada lagi kayu balak atas jalan, pasir yang banyak. Siapa nak datang kan?

Admin berasa kasihan kepada peniaga-peniaga kecil di kawasan tersebut, Bagaimana jika kedai mereka itulah satu-satunya punca rezeki mereka. Admin harap meraka ada pelan "B" dalam perancangan perniagaan mereka seperti berniaga di pasar malam atau lain-lain.

Untuk para pembaca, admin harap anda yang mahu menceburkan diri dalam perniagaa, perlulah ada sekurang-kurangnya perancangan masa depan yang dapat menampung perniagaan anda sekiranya tragedi buruk berlaku. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

22

Putus Asa - Halangan Terhebat Kejayaan

Posted by Unknown on Wednesday, January 04, 2012 in , , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Siapa pernah PUTUS ASA? Semua orang pernah merasa begitu kan kadang-kadang? Give up la, tak nak buat la adalah sebahagian daripada putus asa. Admin nasihatkan janganlah kita berputus asa kerana putus asa ini adalah halangan terhebat/terbesar untuk berjaya dalam hidup.

Untuk menerangkan putus asa ni, admin nak ceritakan kejayaan seorang yang rendah diri, tidak suka publisiti tetapi amat kaya. Admin nak memperkenalkan jutawan Melayu paling kaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
tan sri syed mokhtar al-bukhary
Jutawan Melayu Terkaya
di Malaysia
Admin betul-betul admire tokoh Maal Hijrah 1429H/2008M ni bukan setakat kerana kekayaannya, tetapi usaha keras dan sumbangannya pada masyarakat. Admin nak ceritakan bahawa Tan Sri ni seorang yang susah pada ketika kecil dahulu tetapi beliau tetap tidak berputus asa untuk berjaya.

Pada usia muda, beliau hanya menjual sayuran yang ditanam sendiri keluarganya dan menjual roti canai. Di samping itu, beliau menolong bapanya menggembala haiwan peliharaan. Malangya, tahun 1970-an, wabak kaki dan mulut melanda dan perniagaan haiwan ternakan bapanya merosot sama sekali.

Beliau tidak PUTUS ASA dan meneruskan perniagaan bapanya tetapi bukan perniagaan ternakan tetapi menjual daging secara kecil-kecilan kepada peniaga-peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Di saat ini, beliau terus berjaya dalam perniagaan. Beliau kemudian menubuhkan Syarikat Kenderaan Sentosa.

Kejayaan terus dilakar apabila beliau menubuhkan BERNAS (Syarikat Beras) dan menubuhkan banyak lagi syarikat seperti Bukhary Sdn. Bhd. (gula) dan Susu Mas Sdn. Bhd.(pembungkusan tepung susu, tepung coklat, dan minyak sapi).

Ekoran kemelesetan ekonomi, beliau terpaksa menjual Susu Mas Sdn. Bhd. Atas sifat tidak mudah PUTUS ASA, beliau terus memasang strategi perniagaan dan meluaskan empayar perniagaannya. Kini, beliau banyak menerajui dan memegang kepentingan banyak syarikat besar. Antaranya:
bernas bukhary
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)

pos malaysia bukhary
Pos Malaysia Berhad
modenas bukhary
Model Nasional (MODENAS)

ptp bukhary
Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd (PTP)

roti gardenia bukhary
Gardenia

Yang Bernas, Modenas, Gardenia tu mesti semua orang Malaysia kenal kan? Inilah antara syarikat-syarikat yang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary berjaya terajui. Antara syarikat lain yang beliau kuasai sekarang ialah:


1) MMC (CONSTRUCTION)
2) DRB-HICOM (AUTOMOTIVE)
3) TRADEWINDS (HOTEL DAN PERLADANGAN)
4) PADINI (GARMENT)
5) GULA PADANG TERAP & CENTRAL SUGAR REFINERY PLANT (GULA)
6) LAPANGAN TERBANG SENAI (AIRPORT)
7) HIGHWAY SENAI-JB (FREE TOLL HIGHWAY)
8) HIGHWAY KULIM-BALING (FREE TOLL HIGHWAY)
9) MALAKOFF (IPP)
10) ALAM FLORA
11) PUSPAKOM
12) HICOM-HONDA


Banyak kan? Kaya kan beliau? Tetapi kalau dalam berita jarang disebut nama beliau. Beliau tidak suka publisiti dan tidak suka ditemu-ramah. Kejayaan beliau digunakan untuk membantu orang lain dengan menubuhkan Yayasan al-Bukhary.

Admin nak tegaskan di sini, sekiranya Tan Sri dari awal mengaku kalah dan berPUTUS ASA, adakah beliau akan mengecapi kejayaan seperti sekarang? Sudah tentu tidak. Jadi, bila kita hendak membuat sesuatu atau berniaga, janganlah berPUTUS ASA sekiranya perniagaan kita gagal kerana kegagalan itu akan membuahkan kejayaan kita pada masa hadapan. Para pembaca, jangan PUTUS ASA dalam melakukan sesuatu OK!

Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

Sumber: Cerita lanjut mengenai tokoh ini,
1) "langkahkanan.com"
2) "beritasemasa.com"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.