32

Bukan Sebarangan Angan Mat Jenin

Posted by Unknown on Friday, December 30, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa yang tak kenal Mat Jenin? Kalau siapa yang tak kenal, agak kesian sebab Mat Jenin ni amat terkenal walaupun ianya hanyalah dongeng semata-mata. Siapa yang tak kenal boleh lah cari kat pakcik Google ye. Mat Jenin amat terkenal dengan sikapnya yang suka berangan-angan tak kira masa, sebelum membuat apa-apa pekerjaan sekali pun.
angan mat jenin
Angan-angan Mat Jenin yang kadang-kala
memberikan inspirasi untuk berjaya.
Salah satu dari cerita Mat Jenin yang terkenal mengenai angan-angannya ialah ketika dia diupah oleh seseorang untuk mengambil buah kelapa di atas pokok kelapa. Melalui upah itu, Mat Jenin telah berangan-angan untuk:

1. Menggunakan upah mengambil buah kelapa untuk membeli telur ayam, agar telur itu menetas dan membiak menjadi ayam-ayam yang banyak untuk dijual.
2. Setelah menjual ayam-ayam itu, duit hasil jualannya akan digunakan untuk membeli kambing dan bela hingga beranak-pinak.
3. Beliau akan menjual kambing-kambingnya dan duit hasil jualan akan digunakan untuk membeli lembu, membela sehingga menjadi banyak.
4. Duit hasil jualan lembu-lembunya akan digunakan untuk membeli kerbau dan membelanya sehingga banyak.
5. Duit yang banyak itu akan menjadikannya kaya untuk berkahwin dengan anak raja.

Pada akhir cerita ini, kerana marahkan nyamuk yang mengganggu beliau berangan-angan semasa memanjat pokok kelapa, beliau akhirnya jatuh mati dari atas pokok kelapa. Tapi apa kaitan angan Mat Jenin dengan entri admin kali ini?

Begini, angan-angan Mat Jenin bukan sebarangan. Mungkin dapat dilihat bahawa angan-angannya agak melampau. Tetapi, untuk berjaya, kita perlu mempunyai angan-angan dan disertai dengan usaha, ianya akan menjadi CITA-CITA.

Bayangkan Mat Jenin bermula angan-angannya dengan mengambil upah mengambil buah kelapa dan berperingkat membela ayam, kambing, lembu dan kerbau untuk menjadi kaya. Dalam perniagaan, kita perlu bermula dari kecil dan semakin maju kita akan melangkah untuk menceburi bidang yang lebih besar.

Angan-angan itu tak salah, tapi kalau angan-angan tanpa usaha adalah sia-sia. Tetapi, angan-angan dan disertai dengan usaha ianya akan menjadi CITA-CITA untuk terus berjaya dalam perniagaan. Bagi admin, jadilah seperti Mat Jenin tetapi bukan Mat Jenin seperti dalam cerita di atas, tetapi jadilah Mat Jenin Moden yang mampu merealisasikan CITA-CITAnya.

Angan-angan Mat Jenin bukan sebarangan, tetapi angan-angan yang patut dijadikan inspirasi kepada semua orang untuk berjaya lebih-lebih lagi untuk berjaya dalam perniagaan. Entri ini adalah sebagai sedikit tips dari admin.

Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?


19

Premis Perniagaan Pilihan #1

Posted by Unknown on Tuesday, December 27, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni admin nak mulakan salah satu dari kategori dalam blog admin iaitu Premis Perniagaan Pilihan. Pilihan ni tak semestinya admin ambil yang terbaik saja, admin mungkin juga admin akan ambil yang terburuk atau tercorot atau seangkatan dengannya. Yang pasti admin tak akan sebut nama kedai itu. Untuk permulaan admin akan mulakan kategori ni dengan pilihan premis yang baik.

Untuk yang duduk kat Malaysia, siapa yang tahu asal usul makanan bernama "KEROPOK LEKOR?" Yes! Asalnya ialah dari Terengganu. Admin nak ceritakan premis/kedai pilihan admin kali ni. Tempat kedai ni terletak di Dungun, Terengganu.

keropok lekor di dungun
Premis yang sentiasa dipenuhi pelanggan pada waktu petang
terletak di Dungun, Terengganu.
Premis perniagaan pilihan admin seperti gambar di atas ni terletak di Dungun, jadi orang Dungun kenal sangat lah kedai ni sebab memang famous. Setiap petang kedai ni mesti penuh orang, sanggup beratur. Apa yagn famous kat sini? Kenapa admin pilih tempat ni? Salah satu sebabnya ialah kedai ni kedai orang Melayu kita, bagi admin sangat maju kerana permintaan yang tak putus-putus.

Premis perniagaan ni terkenal dengan keropok lekornya yang sangat sedap! Orang biasa beli mesti lebih dari RM5, kadang-kadang sampai puluh-puluh RM! Premis ni pun terkenal dengan karipap, keropok keping dalam bungkusan, keropok sira, sata goreng dan lain-lain makanan ringan. Pendek kata semua yang dijual di sini sangat sedap, patutlah laku je tiap-tiap petang.

Admin pergi sini dengan kawan (ada dalam gambar) nak beli sedikit je. Ingatkan admin dengan kawan je yang beratur nak beli sedikit, rupa-rupanya ramai juga yang macam tu sebab nak rasa kesedapan keropok lekor buatan kedai ni. Lepas selidik, admin dapat agak mengapa premis/kedai perniagaan pilihan admin ni begitu maju.

1. Makanan yang dijual memang digoreng dekat dengan dapur berhampiran, jadi makanan tu sentiasa panas. Takkan kita nak makan makanan sejuk pula kan, nanti tak sedap.


2.  Premis ni dekat dengan sekolah walaupun kedai ni agak ke dalam dari jalan besar, jadi ibu bapa boleh membeli makanan sementara menunggu nak ambil anak dari sekolah.


3. Signboard ada banyak di jalan besar untuk memberitahu lokasi kedai, jadi senang orang nak ke kedainya walaupun macam terpencil sedikit untuk orang yang baru sampai di Dungun.


4. Kedai ni dalam bangunan batu, maknanya moden la sedikit berbanding dijual di tepi jalan atau tepi pantai. Bukan apa, boleh la berlindung sekiranya hujan, boleh juga beli makanan sedikit sementara hujan reda (anggapan admin).


5. Paling penting, servis kedai ni cepat walaupun ramai orang. Kadang-kadang kita ni mudah melatah dan kelam kabut bila pelanggan jadi ramai, mula la servis jadi teruk. Tapi kedai ni tak, memang cepat dan orang tak bosan menunggu.

Bagi admin, siapa yang datang ke Dungun tak merasa keropok lekor ni pada waktu petang memang rugi sebab sangat sedap! Cubalah datang ke sini (hehe). Sekian dari admin. Untuk premis akan datang, admin akan cari yang mana patut untuk dikongsikan dalam blog ni. Yang penting, semua premis yang admin pilih tiada kena mengena atau tiada hubungan dengan admin. Pilihan admin sebagai pelanggan saja.

P/S: Rasanya ramai dah kenal Dungun, Terengganu ni berikutan masuk dalam berita untuk kejadian bencana alam.

Tagline admin: Ini pendapat admin, PENDAPAT ANDA?

9

Psikologi Dalam Perniagaan - Diskaun

Posted by Unknown on Saturday, December 24, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

diskaun pada waktu perayaan
Tawaran yang biasa dilihat semasa musim perayaan dan akhir tahun
di pusat membeli-belah dan premis perniagaan.
Rasanya semua pembaca faham mengenai gambar di atas kan? Lebih-lebih lagi admin dah tulis pun kat tajuk entri. Kali ni admin nak ceritakan mengenai salah satu psikologi dalam perniagaan iaitu tawaran DISKAUN. Siapa yang tak tahu mengenai diskaun kan, lagi-lagi semua orang rasanya pernah membeli barangan di kala ada waktu "sale".

Mengenai diskaun ni kan, admin nak cerita semasa admin belajar mengenai subjek "Business Mathematic", admin ada belajar mengenai teknik diskaun yang digunakan oleh peniaga-peniaga. Kami belajar bahawa peniaga menaikkan harga barangan itu terlebih dahulu untuk dipotong menjadi harga murah, kononnya peniaga tersebut telah memberi diskaun sempena perniagaan. Tak percaya??

Admin tak boleh cakap apa lah kalau tak percaya tapi percaya lah, ini lah hakikatnya. Walaupun admin pernah belajar mengenai perkara itu, admin pun masih berminat mengenai "sale" yang diadakan oleh peniaga. Ini kerana teknik begitu adalah salah satu teknik psikologi dalam perniagaan yang secara tak langsung mempengaruhi akal kita.

Bayangkan lah kalau ada diskaun di sana sini di premis perniagaan.. Secara tak langsung kita akan berminat untuk melihat walaupun tidak ingin membelinya. Akal sedar kita terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan ini adalah lumrah, bukanlah sesuatu yang tidak elok. Elok je sebab menunjukkan kita normal la (hehe).

Walau bagaimanapun, ini adalah pendapat admin. Mengenai topik diskaun ni kan, admin rasa la kan pihak perempuan amat-amat berminat bila dengar perkataan"DISKAUN" dan juga "SALE" (bukan berat sebelah, pihak lelaki suka juga tapi tak sehebat perempuan). Jangan marah, ini pendapat admin je.

Para pembaca rasa bagaimana? Ada ke bahagian yang admin salah sebut? Nyatakan, admin hanya menyatakan pendapat admin.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

9

Senyum la Kak, Susah Sangat Ke?

Posted by Unknown on Friday, December 23, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri di atas tentu dah buat pembaca tahu apa yang admin nak ceritakan pada entri kali ni. Ada la pada masa bila entah, admin tak ingat dah tapi ingat la peristiwa ni sebab ada la rasa tak puas hati sikit dan sebab nak update blog (hehe). Berkenaan dengan senyum ni la.
senyum
Senyum itu memberi seribu makna kepda
sesetengah orang.
Pada masa tu admin adalah pergi ke sebuah restoran dengan seorang kawan untuk makan la kan. Mula-mula tu lama la juga admin tunggu untuk dapatkan order makan. Tapi admin sabar juga, mungkin sebab ramai orang. Tapi dah lama pun tak ada juga orang yang ambil order. Admin juga yang pergi panggil orang tu untuk ambil order.

Itu satu masalah. Dah la dia datang tu admin yang panggil, dia datang tu dengan muka masam. Macam la admin bawa masalah dekat dia. Sekurang-kurangya senyumlah sedikit, saya ni pelanggan anda. Saya bayar tau, bukan percuma je saya makan di sini. Admin buat keputusan malas dah nak datang dekat situ sebab servis yang begitu.

Admin nak tekankan masa berniaga ni kena la senyum walau macam mana sibuk atau emosinya anda. Jika tidak, pelanggan akan lari dan merasakan anda tidak mesra dengan mereka walaupun pada hari itu je anda bermasam muka. Tengok apa dah jadi bila tak senyum, pelanggan macam admin pun dah tak nak datang dah kat situ. Rugi je seorang pelanggan.

Ini tips mudah dalam perniagaan iaitu senyum, bukan susah pun, free je kan. Dengan cara ini, pelanggan pun mudah je nak datang ke kedai anda kerana mereka rasa anda mesra dan ikhlas. Para pembaca ada tak pengalaman begini? Cuba ceritakan sedikit etika peniaga yang anda pernah jumpa mengenai masam muka dan senyum ni.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

6

Psikologi Dalam Perniagaan - Teknik Harga

Posted by Unknown on Thursday, December 22, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak ceritakan mengenai psikologi dalam perniagaan. Mungkin tak semua orang tau yang dalam perniagaan pun ada cara psikologi untuk tarik pelanggan datang membeli di kedai kita, bukan perang psikologi atau psikologi dalam pergaulan je tau.
teknik harga di pasaraya
Teknik penentuan harga memainkan peranan penting dalam
perniagaan.

Pernah kan tengok harga-harga macam ni di kedai-kedai? Lagi-lagi di pasaraya terkemuka. Rasanya ada je pihak yang tak tahu kenapa agaknya mereka letak harga RM0.95, RM0.99. Kan senang kalau letak je RM1.00, senang lagi kira kan? Betul, memang senang kira kalau letak je harga genap tetapi inilah yang dikatakan psikologi dalam perniagaan.

Kenapa admin cakap macam tu? Secara tak langsung,pembeli atau pelanggan yang datang membeli belah akan melihat barangan RM0.95 atau RM0.99 lebih murah dari harga RM1.00. Mungkin pada kali pertama mereka tidak rasa banyak perbezaan tetapi jika berkunjung ke kdai lain yang menawarkan harga genap, secara automatiknya akal mereka akan menyatakan kedai yang menawarkan harga ganjil seperti RM0.95 dan RM0.99 lebih berbaloi.

Berbaloi ke mereka letak harga begitu? Jawabnya memang berbaloi. Mungkin perbezaan harga 5 sen atau 1 sen memberi makna yang besar dalam perniagaan tapi mereka akan menang dengan kunjungan yang ramai dari pelanggan. Tengok pasaraya-pasaraya terkemuka, mereka tetap dan makin maju dengan teknik sebegitu.

Ini adalah sebahagian dari teknik psikologi dalam perniagaan. Banyak lagi psikologi yang mungkin kita sendiri tidak sedar. Admin akan ceritakan dalam entri akan datang.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

7

Please Start a Business in Your Area!

Posted by Unknown on Wednesday, December 21, 2011 in ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wah! Tajuk entri kali ni English la pula. Saja je admin nak speaking sikit-sikit, maklumlah admin kan student, kena juga praktis cakap English. Maksud tajuk di atas ialah "Mulakan Perniagaan anda di kawasan/wilayah/tempat anda sendiri".
gambar kredit shahrulsite : berniaga di kawasan sendiri
lebih mudah untuk maju dan berjaya.

Kenapa admin cakap macam tu? Bukan ke admin ada tulis tips cari pasaran perniagaan yang berlainan? Betul, admin ada tulis pada entri yang lepas. Mari sini admin terangkan. Mulakan perniagaan di kawasan anda sendiri adalah permulaan yang sangat bagus untuk orang yang baru menceburi bidang perniagaan.

Ini kerana jika memulakan perniagaan di kawasan anda sendiri, anda mempunyai banyak kelebihan untuk maju dalam perniagaan anda yang sedang berkembang. Kenapa? Sebab, di kawasan anda, anda mempunyai banyak kenalan-kenalan anda yang boleh menyokong bisnes anda.

Contohnya anda membuka kedai runcit di kawasan anda. Anda ada kenalan seperti kawan sekolah yang lama, saudara-mara, ahli keluarga dan mungkin juga rakan rapat anda semasa di universiti dahulu. Kenalan-kenalan inilah yang akan menyokong anda dengan berkunjung ke kedai runcit anda untuk membeli barangan dari pergi ke kedai runcit yang lain kerana mereka mengenali anda.

Cuba bayangkan anda membuka contohnya kedai runcit di tempat yang asing bagi anda sendiri, anda tidak mempunyai kenalan dan orang sekitar mungkin agak sukar untuk pergi ke kedai baru dan pergi ke kedai kebiasaan mereka. Itu sebabnya admin nasihatkan mulakan perniagaan di kawasan anda sendiri.

Walau bagaimanapun, itu pendapat admin setelah memerhati dan bertanya kawan-kawan yang membuka bisnes sendiri. Mungkin orang lain ada strategi tersendiri bila membuka perniagaan. Lain orang lain hati, lain perniagaan lain strategi.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

3

Usaha Menjadi Usahawan Berjaya

Posted by Unknown on Tuesday, December 20, 2011 in , ,
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri lepas admin ceritakan mengenai nak dapatkan modal, dan rasanya dalam dokumen yang admin bagi tu banyak pilhan pakej untuk pinjam modal dari segala aspek, baik pelajar mahupun dewasa, lebih-lebih lagi untuk kaum Bumiputra. Kali admin nak tulis mengenai usaha/langkah-langkah menjadi usahawan berjaya.

usahawan berjaya
Semua orang ingin menjadi
 usahawan berjaya bila  menceburi
 bidang perniagaan
Jadilah seorang usahawan

1. Kepuasan dalam kerjaya yang dibuat

- Usahawan itu perlulah merasa minat atau puas bila melakukan bisnes yang dijalankan. Kalau tiada minat ni susah. Katakanlah bisnes yang dijalankan tu dalam keadaan yang kurang maju, usahawan itu sendiri akan merasa putus asa dan akhirnya perniagaan akan ditutup. Rugi masa dan pinjaman modal perlu juga dibayar.

2. Pasaran perniagaan yang berlainan

- Jika ingin membuka perniagaan, pastikan perniagaan yang dibuka mempunyai kurang saingan. Contohya, di tempat anda tiada servis fotostat dan mencetak. Jadi anda ambil peluang ini untuk memenuhi pasaran perniagaan yang masih tiada. Jika tidak, anda terpaksa bersaing dengan banyak lagi kedai-kedai yang sudah ada pelanggan tetap.

3. Perniagaan kecil-kecilan

- Jika anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan, pastikan perniagaan anda bermula secra kecil-kecilan. Bukan tak boleh membuka perniagaan secara besar-besaran, tetapi risikonya agak tinggi. Perniagaan secara kecil-kecilan dapat menguji sejauh mana perniagaan anda boleh berkembang di kawasan sedia ada.

4. Tunggal / Mudah Alih

- Anda mempunyai visi yang besar, ingin membuka lebih dari 1 jenis perniagaan. Admin nasihatkan anda mempunyai perniagaan tunggal kerana anda boleh fokus terhadap perniagaan itu sahaja dan mempunyai cukup masa untuk mengendalikan bisnes itu sendiri. Perniagaan yang mudah alih seperti berniaga di pasar-pasar malam juga boleh mempengaruhi keuntungan anda kerana secara langsung dengan pelanggan anda.

5. Bersedia untuk belajar

- Berniaga ni bukannya mudah, Perlu menjalani proses pembelajaran dari orang yang sudah mahir dan pakar. Jangan segan untuk bertanya kerana setiap ilmu yang dicurahkan oleh pakar dapat membantu anda menangani masalah yang mungkin berlaku dalam perniagaan anda itu nanti.

6. Modal yang minimum

- Perniagaan kecil semestinya mempunyai modal yang minimum. Kenapa admin cakap modal yang minimum? Perniagaan tidak semestinya akan berjaya. Tanyalah usahawan-usahawan berjaya, mereka pasti pernah gagal beberapa kali. Jadi, sekiranya anda gagal dalam perniagaan, kerugian anda adalah minimum kerana pinjaman modal yang anda buat juga minimum.

7. Budaya usahawan

- Sebolehnya bila menjadi usahawan, kita akan mereka produk kita sendiri dari menjual barangan yang sedia ada. Bukan tak boleh menjual barangan sedia ada, cuma jika kita mempunyai produk kita sendiri, nama kita akan mudah dikenali ramai dan keuntungan akan lebih dari yang sebelumnya.

8. Berkat dan paling diredhai

- Ini adalah aspek yang paling penting dalam perniagaan, lebih-lebih lagi untuk kaum Muslim.
"9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan, maka berniagalah"
 Macam pernah tengak kan ayat ni? Al-Quran juga ada tertulis mengenai perniagaan kerana ia diredhai oleh Allah selagi datangnya dari jalan yang halal. Jika kita ikhlas dan berkat dalam perniagaan kita, pelanggan akan mudah kembali ke kedai atau melanggan dengan kita.

Inilah antara langkah-langkah yang perlu ada untuk menjadi usahawan berjaya. Ada banyak lagi cara-cara untuk berjaya, tetapi admin nak tekankan lapan (8) cara di atas. Dengan cara yang betul, perniagaan akan menjadi mudah untuk anda. Sekian untuk entri kali ni.

P/S : Admin pun ada berniaga kecil-kecilan..

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

3

Modal? Masalah ke Malas?

Posted by Unknown on Monday, December 19, 2011 in ,
Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni admin nak tekankan mengenai modal. Kenapa admin buat entri mengenai malas lak? Kalau ada yang bertanya begini, admin akan terangkan. Bukan saja-saja admin buat entri begini tanpa bersebab.

Begini, kalau diikutkan dan ditanya, ramai juga orang yang nak mulakan perniagaan kerana nampak potensi bisnes ni boleh berjaya bila pandai jaga dan bertahan lama. Persoalan yang selalu timbul samada orang yang dah berumur mahupun yang baru habis belajar ialah "MODAL".
modal
Persoalan yang sering timbul adalah mengenai modal untuk bermula perniagaan.
Betul tak cakap admin? Ramai yang akan bertanya mengenai bagaimana nak mula berniaga kalau modal tiada. Ada perbualan admin dengan beberapa orang, begini jawabnya mengenai memulakan perniagaan lepas habis belajar:

"Siapa cakap tak berminat, tapi maklumlah, kita ni kan pelajar, baru saja habis belajar, hutang pinjaman PTPTN pun tak bayar lagi, manalah ada modal nak mula berniaga"

Baiklah, itu pendapat pelajar la kan sebab admin pun pelajar jugak. Admin ada juga berborak dengan orang yang lebih berumur mengenai hal ini. Ini jawabnya:

"Senanglah kau cakap, ingat senang ke nak buat pinjaman kat bank tu. Banyak prosedur yang dorang nak. Makan masa, kalau dah apply lepas tu tak dapat, buang masa lak" 

Ini antara perbualan admin dengan orang-orang yang admin rapat dan ada juga cita-cita nak membuka perniagaan kecil-kecilan, semua merungut mengenai modal. Admin faham yang nak buat pinjaman dekat bank memang memerlukan kesabaran. Tapi tahu tak yang buat pinjaman untuk buka perniagaan bukan kat bank-bank tempatan saja? Ada lagi tempat lain yang boleh kita apply pinjaman ni.

Setiap tahun kerajaan kita banyak memperuntukkan bajet kewangan untuk menolong orang Bumiputra untuk mula berniaga. Untuk pengetahuan kamu semua, di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), ada lebih 20 tempat untuk kita untuk memohon mikro pinjaman untuk mulakan bisnes kecil-kecilan. Di bawah lebih 20 tempat ni, ada pula lebih 50 pakej atau pelan mikro pinjaman yang anda semua boleh pilih mengikut kesesuaian termasuk lah PELAJAR yang baru sahaja tamat pengajian.

Jadi, bukan masalah dah bagi kita untuk mula berniaga, cara dah ada, kita cuma perlu cari saja. Jangan jadikan modal sebagai alasan lagi, malas itu yang menghalang kita untuk mencari dan memulakan perniagaan. Untuk mengetahui nama-nama tempat yang admin maksudkan tu, leh download dokumen kat sini.

Tagline admin: Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?




4

Seorang lagi blogger lahir..

Posted by Unknown on Sunday, December 18, 2011
Assalamulaikum dan selamat sejahtera..

Admin ni baru nak berjinak-jinak dalam dunia blog walaupun dah lama kenal, baca dan follow member-member yang ada blog. Cuma baru sekarang nak try join, ilmu tak banyak mana pun (haha). Maknanya hari ini dalam sejarah untuk admin, 18hb Disember 2011, seorang blogger baru (noob) telah lahir. Takdelah pandai sangat pun.

Kalau lihat sekarang, semua orang nak buat blog, baik budak kecil sampai la yang dah "otai". Tapi apa istimewanya blog admin kali ni? Lupa lak, boleh panggil admin ni Duan tak pun do-1 je. Blog admin ni takdelah istimewa sangat pun, cuma admin nak kongsikan apa yang admin tahu mengenai perniagaan atau bisnes.

Admin ni dalam pengajian lagi kat IPTA terkemuka kat Malaysia ni. Biasa dengar ustaz cakap, "9/10 dari punca rezeki tu datangnya dari perniagaan". Betul tu, admin sokong. Tapi masalahnya ramai orang Cina je yang monopoli bisnes kat Malaysia ni.

Ok2, berbalik kepada blog ni. Blog ni admin nak buat lebih ke arah kongsi ilmu yang admin dapat dan semua yang baca entri2 ni komen, kot2 admin ni salah bagi maklumat ke ataupun ada ilmu yang anda semua kongsikan kat ruangan komen nanti. Yelah, admin pun manusia jugak, banyak benda yang admin tak tahu sebab baru belajar jugak bab2 bisnes, lagi-lagi bab blogging ni.

Sesiapa yang nak tegur ke ape ke, teruskan je sebab admin sedia ditegur, cuma dengan cara berhemah jela. Jangan sampai marah-marah (hehe). Oklah, admin akan post entri yang pertama mengenai bisnes. Admin tak akan post hari-hari, memandangkan waktu yang singkat. Lagipun kalau post hari-hari idea kering pulak, admin tak nak lah sebab nak post entri hari-hari, ciplak entri blog orang lain lak (hehe). Sampai di sini..

Tagline admin : Ini pendapat saya, PENDAPAT ANDA?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011 Pendapat Niaga ~ Perniagaan | Psikologi ~ All rights reserved. Edited by Pendapat Niaga. | Bloggerized by Pendapat Niaga.